Ada Yg Tanya Sebelum Subuh Sampai Dataran Merdeka Solat Subuh Atau Tidak Tak. Sekali JAWI Beri Rakaman Ini, Subhanallah

Masjid Jamek Sultan Abdul Samad Sesak, Orang Awam Solat Subuh Berjemaah Sebelum Ke Dataran Merdeka

RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dalam satu tweet sebentar tadi berkongsi satu video suasana di Masjid Jamek Sultan Abdul Samad yang sangat menyentuh hati.

Sambutan Hari Kebangsaan kali ini nyata mendatangkan keterujaan buat rakyat Malaysia selepas ia ditangguhkan untuk dua edisi lepas ekoran pandemik Covid-19 yang melanda dunia.

Ia dimeriahkan dengan pelbagai acara termasuk persembahan peserta, perarakan kebudayaan dan perbarisan anggota Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan agensi-agensi kerajaan yang lain termasuk aset masing-masing.

Antara yang paling mencuri tumpuan tentunya pertunjukkan udara melibatkan pesawat tempur negara seperti Sukhoi Su-30MKM dan F/A-18D Hornet.

Selain itu, perarakan melibatkan beberapa buah lori Milo turut mendapat tepukan gemuruh apabila ia mengembalikan nostalgia zaman kanak-kanak sebahagian rakyat Malaysia.

“Dulu saya kerja area Masjid Jamek. Setiap kali ada acara besar waktu pagi di Dataran Merdeka / bangunan DBKL, pasti Masjid Jamek sarat dgn jemaah yg ingin menunaikan solat Subuh. Macam orang masuk dan tamat syif kerja. Jemaah ni masuk, jemaah yg selesai solat keluar. Dalam seminggu ni peserta raptai yg mengimarahkan Masjid Jamek dan Masid Negara. Kalau pagi tadi Alhamdulillah pengunjung dan peserta perarakan berjemaah sekali.” – Joe

“Alhamdulillah. Majlis pun berjalan lancar. Cuaca pun redup diawalnya .
Moga Allah pelihara Islam di negara kita .
Asbab kedatangan Islam , Allah meletakkan kerajaan Melaka di tahap kegemilangan .” – Kharyati

“Seronok tengok suasana mcm ni..lagi seronok kalau seluruh rakyat bersatu hati demi negara Malaysia yg kita cintai utk kebaikan bersama dan paling penting utk masa depan ank cucu kita juga
Semoga selepas ni Malaysia terus maju,rakyat pula hidup aman damai dan paling utama jauh dari rasuah agar negara kita dipandang hebat dimata dunia..” – Masayu

Tonton Video:

Sumber : Siakap Keli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *