
Anak perempuan kepada Datin Seri Rosmah Mansor iaitu Datin Azrene Ahmad tampil mengulas dipercayai berkaitan tuduhan rasuah bernilai RM1.25 bilion ke atas ibunya.
RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI
Menerusi satu hantaran di laman Instagram semalam, dia berkata keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur adalah tepat sekali gus perlu dihormati orang ramai.
Azrene yang juga isteri kepada cef selebriti Fazley Yaakob berkata, orang ramai seharusnya mempercayai fakta dan kebolehan badan kehakiman selain untuk mencapai penghakiman tanpa sebarang halangan.
Untuk makluman, Azrene adalah anak kandung Rosmah daripada perkahwinan terdahulu dimana hubungan mereka dilaporkan ‘dingin’ antara satu sama lain.
Semalam, Rosmah yang juga isteri bekas Perdana Menteri Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan denda RM970 juta berhubung projek tenaga solar sekolah di Sarawak.
Mahkamah Tinggi di sini memutuskan bahawa Datin Seri Rosmah Mansor bersalah atas pertuduhan meminta dan menerima rasuah, enam tahun lalu.
Hakim Mohamed Zaini Mazlan kini meminta pihak-pihak berhujah berhubung hukuman.
Rosmah, 70, didakwa atas pertuduhan meminta rasuah RM187.5 juta dan menerima RM6.5 juta melalui bekas pegawai khasnya, Datuk Rizal Mansor berhubung projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di sekolah luar bandar di Sarawak.
Wang berkenaan sebagai upah membantu Jepak mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid dan Penyelenggaraan serta Operasi Genset/Diesel bagi 369 Sekolah Luar Bandar Sarawak bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.
Tuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang memperuntukkan hukuman di bawah Seksyen 24(1) akta sama.
Sesyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 atau mana yang lebih tinggi.
Sumber: FMT Instagram Azrene Ahmad
Apa Pen dapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa K.men Dan Share Ya. Terima Kasih. Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Ar.tikel ni.
PERHATI.AN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pasti kan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementa.ra itu, anda boleh baca juga kisah.kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan se perti berikut.
Be the first to comment