
Final Piala FA melibatkan pasukan Terengganu FC dan Johor Darul Takzim (JDT) yang berlangsung malam tadi sememangnya menghadirkan seribu satu cerita.
RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI
Kemenangan yang diraih oleh pasukan JDT telah memberi manfaat kepada rakyat Johor apabila pihak kerajaan negeri memberikan cuti peristiwa sempena kejuaraan tersebut.
Namun begitu, dalam kegembiraan penyokong dan pasukan JDT meraikan ‘kedatangan’ Piala FA ke selatan Tanah Air, ada momen yang menjadi bualan netizen di media sosial sebelum sepak mula perlawanan berkenaan.
Perkara itu menjadi perbahasan di laman Twitter serta di TikTok apabila ada yang merasakan hal sama. Menurut pengguna TikTok dikenali sebagai gazimbo, lagu Negaraku tidak sesuai diubah muziknya dan berharap supaya muzik dari lagu kebangsaan kita tidak diubah sesuka hati.
Warganet di Twitter turut mengatakan hal yang sama kerana berasa ‘pelik’ dengan lagu Negaraku ketika awal mula final Piala FA malam tadi.
Rata-rata mereka berpendapat bahawa gorengan gitar tidak sesuai dengan lagu kebangsaan kita sehingga ada yang bingung untuk menyanyikan lagu Negaraku disebabkan muziknya berbeza dengan kebiasaan yang kita dengar.
Walau bagaimanapun ada juga pihak yang menerima baik muzik sebegitu dan tidak merasakan ia satu masalah memandangkan rentaknya masih sama serta dialunkan dengan vokal hebat dari Idris Brown serta gitaris, Muzza.
Tonton Video :
Sumber: Instagram @rocketfuelent, TikTok gazimbo, Twitter
Be the first to comment