Tak Sampai 24 Jam Di bawa Menaiki bot, Akhirnya Penduduk Temui Sesuatu Di Sempadan. PoIis Sahkan Ini Berlaku

Tak Smpai 24 Jam Dibawa Menaiki bot, Akhirnya Pnduduk Temui Sesuatu Di Sempadan. Polis Sahkan Ini Berlaku

Seorang wanita dipercayai diculik dari kediamannya di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu, Tumpat kira-kira jam 4 petang semalam.

Menurut laporan BH Online, mngsa Rosnazirah Mohd Naim yang juga ejen jualan kosmetik disyaki dilarikan tiga lelaki tidak dikenali dengan menaiki kereta jenis Toyota Vios.

Waris berkata, salah seorang lelaki mengetuk pintu rumah dan memberi salam sebelum dibuka oleh mangsa yang berusia 36 tahun itu.

gambar hiasan

“Lelaki itu bertanya adakah mangsa bernama Azi. Mngsa mengiyakannya lalu dia terus diheret keluar dan dimasukkan ke dalam kereta,” katanya.

Dakwa waris lagi, semua lelaki itu turut mengugut bapa dan anak perempuan mngsa sekiranya berani membuat sebarang tindakan. “Bapa cuba menyelamatkan Azi, namun seorang daripada lelaki itu didakwa turut mengacu sebilah pisau ‘Rambo’…

“…menyebabkan bapa mngsa berundur dan hanya mampu melihat anaknya dilarikan,” ujarnya. Berdasarkan maklumat diterima, Rosnazirah dibawa ke arah Pengkalan Kubor sehingga suami mngsa turut bergegas ke lokasi namun gagal ditemui.

Ada penduduk setempat mendakwa nampak seorang wanita dibawa sekumpulan lelaki menaiki bot menuju negara jiran, Toyota Vios dinaiki mereka turut ditemukan di sebuah pangkalan haram di situ.

“Suami mangsa menjejaki isterinya ke negara jiran dan belum pulang sehingga hari ini.

Apa yang kami tahu… “…Azi tiada musuh dan kami juga tidak menerima sebarang panggilan meminta wang tebusan setakat ini,” kata waris memaklumkan mereka turut melakukan solat sunat hajat.

Malah, dia juga tidak pasti jika terdapat pihak tidak berpuas hati dengan Rosnazirah berhubung perniagaan selain ibu bapa mngsa masih bersedih dengan kejadian tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dolah berkata, pihaknya menerima laporan dan sedang menyiasat selain menasihatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi .

Menerusi pemerhatian di media sosial, rakaman video dari kamera litar tertutup (CCTV) kejadian itu tular sejak pagi tadi sehingga meraih pelbagai reaksi warganet.

Sumber: ceritanetizen

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*