Tular hempuk anak dengan meja kayu, lbu direman bantu siasatan kes dera

Kej4m sgt kau ni kak, anak sendiri hmpuk pakai meja keras. Mau pecah kpala kot. Tak sanggup nk tgok vid ni

Semalam, kecoh di media sosial apabila seorang wanita bertindak ganas menghempuk anak lelakinya dengan meja kayu sehingga menangis telah mengundang kecaman ramai.

RAKAMAN VIDEO KEJADIAN ADA DI BAWAH SEKALI

Terbaharu, pihak polis melaporkan ibu kepada kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun itu telah ditahan di sebuah rumah di Kok Lanas, Kelantan kira-kira pada jam 3.30 petang semalam.

Tindakan itu dibuat selepas bekas suaminya yang juga bapa mangsa membuat laporan polis pada 10 Mac lalu dan perkara ini disahkan oleh Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud.

Mohd Rosdi berkara, siasatan mendapati bekas suami suspek mengetahui kejadian tersebut selepas menerima panggilan telefon daripada teman lelaki kepada wanita itu untuk memaklumkan insiden yang berlaku pada 9 Mac lalu.

Difahamkan, suspek yang berusia 36 tahun itu didapati tinggal bersama anak lelakinya yang bersekolah di sini selepas bercerai dengan suaminya dua tahun lalu.

Dalam pada itu, Rosdi memaklumkan mangsa telah dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II dan menerima rawatan sebagai pesakit luar.

Dan, kanak-kanak lelaki itu akan diserahkan kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk tindakan selanjutnya.

Untuk makluman. suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga Jumaat depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Tonton Video : SILA KLIK DI SINI

Sumber: Utusan Malaysia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*