“Masukkan objek dlm kemaIuan dua anak perempuan..” Bapa dikenakan penjara selama 428 tahun

Memang mndapat la kau pakcik, baca smua ksalahan yg dia buat kat anak tu mmg jijik, bebetul keejam.

MELAKA: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara keseluruhan 428 tahun dan 240 kali sebatan oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini atas kesalahan merogol, melakukan seks luar tabii, amang seksual fizikal terhadap dua anak kandung serta mengugut bunuh isteri dan anak-anaknya.

RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

Bagaimanapun Hakim Nariman Badruddin menetapkan hukuman penjara terhadap tertuduh berusia 56 tahun itu berjalan serentak secara berperingkat dan menjadikan tempoh pemenjaraan selama 45 tahun selain hanya 24 sebatan maksimum.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali manakala Seksyen 16 pula memperuntukkan penjara maksimum lima tahun dan sebat.

Kesemua kesalahan itu dilakukan antara 24 September 2015 hingga 5 September lalu bermula selepas kedua-dua mangsa berusia 12 tahun di rumah mereka di Batu Berendam.

Mengikut fakta, detik hitam menimpa dua beradik itu berlaku sejak 2015 dan terbongkar selepas isteri mangsa terlihat tertuduh sedang merogol anak keduanya kini berusia 15 tahun dalam kejadian terbaru pada 5 September lalu.

Tertuduh yang mempunyai dua isteri dikatakan melakukan perbuatan itu di setiap ruang rumah termasuk atas tangga, sofa ruang tamu, bilik kelamin dan bilik tidur kedua-dua mangsa.

Selain itu dia juga beberapa kali memaksa anak keduanya melakukan hubungan seks termasuk melakukan amang seksual.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Anis Najwa Nazari yang menjalankan pendakwaan memohon hukuman berat dikenakan mengambil kira VIS diberikan kedua-dua mangsa jelas membuktikan mereka trauma sehingga takut untuk mendekati lelaki lain mahupun saudara mereka.

Beliau berkata, mangsa berusia 19 tahun malah memberitahu dia tidak lagi mempercayai malah membenci lelaki seusia bapanya itu walaupun mereka baik kepadanya.

Katanya, mangsa kedua pula antara lain menyatakan dia hampir gila memikirkan perbuatan jijik bapanya itu yang menggunakan pelbagai ugutan dan helah serta berani memaksanya mengadakan seks biarpun ibunya berada di rumah.

“Ini termasuk memaksa mangsa melakukan seks di bilik tingkat atas jika ibu berada di tingkat bawah atau sibuk di dapur.

“Malahan, tertuduh juga ada ketika meminta ibu mangsa balik ke kampung atau pergi membeli barangan dapur dan melarang mangsa mengikutnya bagi membolehkan dia melakukan seks dengan mangsa di rumah,” katanya.

Anis Najwa turut berhujah sifat ‘kebinatangan’ tertuduh merosakkan institusi kekeluargaan sedangkan tanggungjawabnya sebagai ayah untuk melindungi kehormatan anak perempuannya.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam menyatakan dia sudah insaf dan sudah memohon maaf kepada isteri serta anak-anak selain merayu mahkamah menimbangkan faktor dia menghidap penyakit jantung, darah tinggi, diabetes, sakit kulit kronik serta masalah tulang belakang.

https://youtu.be/NWECQAqNi7M

Sumber: BH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*