Tumpat: Genap dua minggu kehilangan ejen jualan kosmetik, Rosnazirah Mohd Naim, keluarga masih meletakkan harapan tinggi agar wanita itu ditemui dengan selamat.
RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI
Kakak mngsa ketika dihubungi berkata, kelegaan sedikit terasa apabila dimaklumkan oleh polis penyiasatan terhadap adiknya yang berusia 36 tahun itu ada perkembangan positif.
Menurutnya, apa yang paling menyedihkan bagi mereka sekeluarga adalah keadaan kedua ibu bapa yang sangat terkesan dengan kehilangan Rosnazirah kerana insiden pencu.likan berlaku di depan mata mereka.
“Kedua mereka semakin hilang selera tapi kami perlu memaksa mereka menjamah makanan terutama emak yang menghidap penykit buah pinggang tahap lima.
“Selain membuat solat hajat di rumah, ia juga dilakukan di beberapa masjid dan surau sebagai ikhtiar kami dan bantuan daripada orang ramai,” katanya.
Dalam kejadian jam 5.10 petang itu, mngsa dilarikan sekumpulan lelaki dari kediamannya di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu, di sini dengan menaiki kereta jenis Toyota Vios sebelum kenderaan itu ditemukan 10 malam hari yang sama di Kampung Kuala Jambu, Pengkalan Kubor.
Dalam perkembangan sama, Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun baru-baru ini berkata, siasatan terhadap kes itu menunjukkan perkembangan positif.
Tanpa menjelaskan butiran menyeluruh, beliau berkata, pihaknya sedang bekerjasama dan saling berhubung dengan pihak berkuasa Thailand.
Sumber HM
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih