Tak puas hati pendakwah pilih bulu konsert di Kelantan, sekali Ustazah Asma jawab sindiran Baby Shima

“Walaupun konsert tu ada sedikit kekurangan tapi kerajaan sana masih berusaha ke arah hiburan patuh syariah”

Baru-baru ini, penyanyi dangdut kontroversi, Baby Shima meluahkan ketidakpuasan hatinya apabila sering menjadi mangsa kecaman dan perhatian ramai apabila berpenampilan seksi dan melakukan aksi agak keterlaluan.

Baby Shima atau nama a sebenarnya Nor Ashima Ramli berkata, individu yang sering mendapat teguran dan komen pedas pedas daripada mereka yang berilmu tinggi seperti ‘pendakwah bebas’ adalah dirinya dan bukannya kepada orang lain.

Pemilihan golongan tertentu itu adalah tidak wajar dilakukan dan dia mempertikaikan tiada mana-mana pendakwah tegur penganjuran konsert di Kelantan baru-baru ini.









“Terima kasih Cik Shima. Buka mata kami, wujudnya konsert di Kelantan seperti ini.

“Saya agak ketinggalan dalam isu ini, baru dapat menelitinya semalam. Ada hikmah apa yang Cik Shima bangkitkan.”tulis Ustazah Asma’ pada hantaran di laman Facebook miliknya semalam.

Ustazah Asma’ berkata, isu berbangkit itu secara tidak langsung membuatkan dirinya tahu bahawa terdapat kawalan dan syarat yang ketat terkandung dalam Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998 Kelantas serta Garis Panduan Kawalan Hiburan 2003.



Dalam pada itu, Ustazah Asma’ mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri Kelantan kerana telah berusaha bersungguh-sungguh memastikan masyarakat setempat berhibur mengikut syariah yang ditetapkan meskipun masih banyak ruang yang boleh diperbaiki.



Jelas Ustazah Asma’ lagi, golongan pendakwah ini bukanlah anti dengan Baby Shima atau mana-mana penyanyi dan penari seperti dia.

Sebaliknya, mereka sudi menganjurkan sebuah konsert tertutup khusus buat golongan perempuan sahaja seandainya Baby Shima dan rakan artis mahu turut-serta mengalunkan lagu bersesuaian seperti nasyid mahupun qasidah.




Di akhir hantaran terbuka itu, Ustazah Asma’ berharap agar industri hiburan di Malaysia ini akan berlandaskan pada syariah sebenar seperti digariskan dalam agama.

Sumber: Ohmymedia, Facebook Ustazah Asma’

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *