Terima banyak ugutan selepas ugut rider GrabFood, pelanggan buat laporan polis akhirnya ini yg berlaku

Akibat drpd video yg tular tersebut, mangsa menerima pelbagai mesej berbaur ugutan dari individu yg tidak dikenali melalui aplikasi media sosial, akhirnya ini yg berlaku kepadanya.

PETALING JAYA – Pelanggan yang tular berselisih faham dengan seorang penghantar makanan p-hailing membuat laporan polis selepas menerima ugutan daripada orang tidak dikenali menerusi media sosial dalam kejadian pada Jumaat lepas.

RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI
















Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata, laporan diterima daripada seorang lelaki berusia 27 tahun itu di Ibu Pejabat Polis (IPD) Petaling Jaya, semalam sekitar pukul 11.10 pagi.

“Ugutan diterima selepas satu video yang menunjukkan rakaman wajah mangsa berselisih faham dengan seorang penghantar makanan telah tular dalam aplikasi media sosial.

“Akibat daripada video yang tular tersebut, mangsa telah menerima pelbagai mesej berbaur ugutan daripada individu tidak dikenali melalui aplikasi media sosial,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Fakhruddin, kes telah disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.

Sehubungan itu, katanya, polis menyeru saksi awam yang menyaksikan kejadian tersebut untuk tampil membantu siasatan.

Katanya lagi, polis juga menasihatkan masyarakat supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkenaan insiden video yang tular tersebut.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, tindakan disiplin telah dikenakan ke atas kakitangan Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (MUST) yang bertengkar dengan seorang pekerja penghantar makanan p-hailing ekoran isu kelewatan, baru-baru ini.

Pengurusan MUST dalam kenyataannya di Facebook berkata, pihaknya berdiri teguh mengutuk perbuatan tersebut dan mengecam tindakan tidak bermoral individu terbabit.

https://youtu.be/EZUJ5samb0M

Sumber Kosmo.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *