Allahuakbar.. kesian dia. mesti ada kaitan bila asyik ulang mnjerit ayat tu dalam video viral semalam.
Seorang wanita membatalkan niatnya untuk terjun dari Jambatan Sultan Yahya Petra setelah dipujuk oleh orang awam yang lalu di kawasan tersebut pada Rabu, 28 September 2022, kira-kira 1.40 petang semalam.
RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI
Menurut laporan, wanita tersebut yang berusia 54 tahun dipercayai cuba memanjat tembot pada jambatan tersebut sebelum berjaya diselamatkan oleh orang ramai yang lalu di kawasan itu.
Difahamkan, saksi kejadian, Suhailan Zakaria, 28, berkata, dia melihat beberapa orang lelaki telah menahan dan memegang wanita tersebut sambil menangis sebaik sahaja dia melintasi jambatan tersebut dengan menaiki motosikal.
Setelah melihat kejadian itu, dia terus bertindak memberhentikan motosikalnya dan terus bergegas mendapatkan wanita itu dan memeluknya sambil menyuruhnya untuk mengucap dan bersabar.
“Semasa memeluknya, saya sempat bertanya apa yang membuatkan dia mahu terjun dari jambatan itu, namun wanita itu hanya menangis dan mengatakan dirinya jahat.
“Semasa memujuknya, saya sempat menasihatkan wanita itu agar berfikiran waras meskipun mempunyai masalah besar,” katanya, memetik laporan Kosmo.
Dalam pada itu, setelah beberapa minit memujuk wanita itu, kebetulan sebuah kenderaan polis lalu dan berhenti di kawasan tersebut membawa wanita itu. Kenderaan bomba juga tiba selepas itu, namun wanita itu telah pun dibawa oleh pihak polis.
KOTA BHARU – Masalah rumah tangga dan kemurungan dipercayai menjadi punca seorang guru wanita yang berpurdah bertindak untuk terjun dari Jambatan Sultan Yahya Petra di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, siasatan awal mendapati, wanita berusia 54 tahun itu tidak menaiki kenderaan semasa kejadian dan berjalan kaki dari arah Kota Bharu ke Tumpat.
Menurutnya, polis menerima maklumat awal mengenai kejadian itu menerusi panggilan kecemasan kira-kira pukul 2.31 petang.
“Orang awam yang juga saksi kejadian melihat wanita itu berada dalam keadaan mencurigakan semasa berada di atas jambatan tersebut.
“Saksi telah menahan mangsa yang dikatakan cuba membunuh diri dengan terjun dari jambatan itu. Saksi berkenaan membantu wanita terbabit sebelum dia dibawa ke Balai Polis Wakaf Baru, Tumpat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurut Mohd. Rosdi, hasil daripada temubual, wanita itu memaklumkan dia cuba untuk membunuh diri disebabkan oleh masalah rumah tangga dan kemurungan.
Katanya, wanita terbabit telah dirujuk ke hospital dan tiada sebarang kecederaan dialaminya dalam kejadian tersebut.
Kosmo! Online semalam melaporkan, seorang wanita yang memakai jubah dan berpurdah membatalkan niatnya untuk terjun dari jambatan Sultan Yahya Petra di sini selepas dipujuk orang awam.
Wanita berusia 54 tahun berasal dari Pengkalan Chepa di sini dipercayai cuba untuk memanjat tembok jambatan itu kira-kira pukul 1.40 tengah hari tadi sebelum diselamatkan pengguna jalan raya.
Saksi, Suhaila Zakaria, 28, berkata sewaktu kejadian dia melalui jambatan itu dengan menunggang motosikal sebelum melihat beberapa lelaki sedang memegang wanita tersebut yang sedang menangis.
Tonton Video : SILA KLIK DI SINI
Sumber Kosmo
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih