lni kata kata pelakon popular NadyaSyahera slps MBSA dtg dan ‘rampas’ semua barang niaga tepi jalan miliknya.
Pelakon Nadya Syahera kesal dengan tindakan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang bersikap tidak adil dengan merampas barang perniagaannya di tepi jalan.
RAKAMAN VIDEO KEJADIAN ADA DI BAWAH SEKALI
Kata Nadya dia akui kesalahan yang dilakukan namun mempersoalkan mengapa hanya gerai buah-buahannya sahaja yang dirampas sedangkan terdapat peniaga tepi jalan yang lain yang berada di situ.
“Kadang-kadang memang kesal betul dengan sesetengah pihak yang kurang berlaku adil dalam situasi-situasi begini.
Bagaimanapun, Nadya memberitahu dia dan suami reda dengan apa yang berlaku.
“Saya dan suami insyaAllah okay je. Kami reda dan buah-buah yang tak boleh jual tadi. Alhamdulillah ada yang dah borong semua. Allah maha baik,” kongsinya.
Kenyataan Penuh Dari Nadya :
Yang ada kuasa, tak ada nak cakap selain tolong berlaku ADIL sahaja.
Kami bukan sekali kena, ya tahu SALAH sebab meniaga tepi jalan dan tinggal barang jualan kt situ.
Nak saman, nak rampas okay kami terima sebagai hukuman buat SALAH meniaga tepi jalan tu.
Isu nya tadi, 1) meniaga tepi jalan dan simpan barang kt situ. 2) Menggaji pekerja asing.
kata beberapa org MBSA yg dtg td, MBSA dapat report dan terus datang angkut semua peralatan jualan kami kecuali Buah-buahan kami.
Sejujurnya saya dan suami tak marah sebab kena rampas atau saman sebab mmg kami SALAH tp persoalannya kenapa dituju tuju sahaja nk rampas atau saman.
Ada stall yg ditinggal tepi jalan tak diambil, ada yg menjual tapi tak semua peralatan dirampas sperti kami.
Ada Khemah lain tak dirampas atas alasan ada org tempatan walaupun ada pekerja kosong disitu.
Sedangkan kami, berulang kali disoal kenapa bg bangla jaga? kenapa bg warga asing jual sedangkan pekrja kami ada permit berbanding khemah lain.
Sy tekankan disini kerana, ada seorang pihak MBSA siap ugut tadi masa tgh merayu jgn ambil semua brg, kesian staff nak kerja, terus dia cakap ‘ eh staff awak ni pun kami boleh angkut, boleh kena denda 10k sorang.’
Hmm kadang2 mmg kesal betul dengan sesetengah pihak yg kurang berlaku ADIL dalam situasi2 begini.
Bukan tak puas hati sebab kena saman n tak boleh meniaga tapi KESAL sebab ADIL tu tak ada. tu je. Kalau nak angkut, biar semua kena.
Khemah kami kena dan kedai mamak berhampiran kena angkut meja yg dilipat n letak tepi tak guna pun, tapi tetap kena. Pelik jugak. Pastu gerai yg lain mungkin sekadar saman tapi brg tak dirampas seperti kami. Hmmm
Dan jika betul ada yg Report tentang kami, kami okay je and dah biasa kena pun. Cuma kalau melayu cuba tindas melayu. Bro Sis,awak boleh kaya dunia akhirat ke guna cara macamni .
Tapi korang, saya dan husband insyaAllah okay je. Kami redha dan buah2 yg tak boleh jual tadi, Alhamdulillah ada yg dh borong semua. Allah maha baik.
Tonton Video : SILA KLIK DI SINI
Sumber : GEMPAK
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih