Azie dilihat lebih banyak termenung, dan bila ditanya..
KOTA BHARU: Ejen jualan kosmetik, Rosnazira Mohd Naim, akhirnya kembali ke pangkuan keluarga hari ini, selepas lebih tiga minggu berjauhan sejak diculik dari kediamannya di Kampung Semat Jal, dekat Wakaf Bharu, Tumpat pada 13 September lalu.
RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI
Wanita berusia 36 tahun yang lebih mesra dengan panggilan Azi itu tiba di negeri ini awal pagi tadi, dengan keselamatannya dipantau pihak berkuasa.
Azi kemudian diiringi Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, ke rumah mentuanya di Kampung Kelochor, di sini, jam 2.50 petang tadi.
“Soal keselamatan mangsa selepas ini, keluarga perlu adakan perbincangan mengenai apa langkah seterusnya kerana tidak semestinya bergantung kepada pihak polis semata-mata,” katanya.
Mengulas siasatan kes itu, katanya ia sudah selesai, namun ada banyak yang perlu dipertimbangkan dalam siasatan pihaknya.
“Selagi ada perkara yang menyalahi undang-undang, polis akan siasat,” katanya kepada pemberita.
Dalam kejadian petang 13 September lalu, Azi yang juga ibu kepada seorang anak diculik di hadapan rumahnya di Kampung Semat Jal di Wakaf Bharu, Tumpat oleh sekumpulan lelaki sebelum dibawa ke Thailand menerusi Sungai Golok.
Mangsa berjaya diselamatkan dan dibawa pulang ke negara ini pada 29 September lalu hasil kerjasama rapat Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Polis Diraja Thailand.
Tujuh lelaki tempatan turut ditahan berhubung kes itu di tiga negeri iaitu Kelantan, Selangor dan Kuala Lumpur.
Mengulas tujuh tangkapan sebelum ini, Muhamad Zaki berkata, tiga daripadanya sudah dibebaskan, manakala empat lagi masih ditahan.
“Mereka ditahan untuk dijalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 3(1) Akta Penculikan 1961,” katanya.
Tonton Video:
Sumber BH
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih