Tiga anak saudara meninggal dunia dalam rempuhan stadium, lelaki ini akhirnya buat sesuatu yg mengejutkan

Jakarta: Lebih daripada 170 individu dilaporkan maut selepas kekecohan dan keganasan susulan perlawanan liga bola sepak di Indonesia, lapor The Guardian.

RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

Penyokong kelab Arema dan Prasebaya bertempur selepas Arema tewas 3-2 dalam perlawanan di Malang, Jawa Timur.

Ketua pejabat kesihatan Malang, Wiyanto Wijoyo berkata, lebih 170 orang meninggal dunia.

Pemain Persebaya serta-merta meninggalkan padang, tetapi pemain Arema yang masih di padang turut diserang.

Laporan mengatakan kematian turut disebabkan polis melepaskan gas pemedih mata menyebabkan panik dalam kalangan penonton di Stadium Kanjuruhan.

Liga Indonesia digantung selama seminggu susulan insiden berkenaan.

JAWA TIMUR: Seorang lelaki terpaksa menerima hakikat apabila kehilangan tiga anak saudara serentak susulan insiden rempuhan ketika perlawanan bola sepak di Stadium Kanjuruhan, Malang.

Menerusi akaun Twitter @bbbbaall, lelaki itu memuat naik gambar jenazah yang meninggal dunia rumah keluarga mangsa.

Lelaki itu turut menyifatkan tindakan pihak berkuasa yang melepaskan gas pemedih mata saling tidak tumpah seperti tindakan seorang pembunuh.

“Siapapun kalian yang menembak gas pemedih mata semalam, kalian adalah pembunuh,” tegasnya lapor Suara.com.

Jabatan Kesihatan Malang merekodkan jumlah kematian meningkat kepada 182 orang, hari ini.

Kesemua mangsa dibawa ke Hospital Saiful Anwar di Bandar Malang.

Insiden yang menggemparkan sejarah bola sepak dunia itu berlaku ketika kekecohan melibatkan penyokong kelab Arema FC yang tewas kepada Persebaya, Surabaya 3-2 dalam perlawanan itu.

Polis dikatakan terpaksa melepaskan gas pemedih mata sekali gus menyebabkan lebih ramai penonton merempuh masuk ke dalam padang sehingga ada yang sesak nafas.

Sementara itu, Persatuan Bola Sepak Seluruh Indonesia (PSSI) mengesahkan mangsa yang terkorban dalam kejadian rusuhan bukan berpunca daripada pergaduhan antara penyokong.

Sebaliknya, Setiausaha Agung PSSI, Yunus Nusi berkata, mangsa yang terkorban dipercayai akibat sesak nafas, terhimpit serta dipijak ketika penyokong cuba keluar dari stadium berkenaan.

Sumber HM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *