Allahu.. Tak sanggup nk tgok.Ayah keje jauh tpksa mnta tolong kawan jaga, tp tak sangka kena pkuI smpai mngal.
JOHOR BAHRU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun sembilan bulan, maut dipercayai akibat dider4 ketika di bawah jagaan kenalan bapa kanak-kanak itu.
RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI
Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, berkata kenalan lelaki bapa kanak-kanak itu berusia 28 tahun dan pembantu rumah wanita yang juga warga asing berusia 40 tahun sudah ditahan di kediaman lelaki itu di Taman Mutiara Emas, Skudai, di sini, hari ini.
“Pemeriksaan awal terhadap tubuh kanak-kanak lelaki itu mendapati ada kesan lebam. Mayat kanak-kanak itu akan menjalani bedah siasat esok bagi mengetahui punca kematiannya,” katanya pada sidang media di hadapan rumah suspek, di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Kamarul Zaman berkata, suspek diupah menjaga dua anak mngsa iaitu kanak-kanak yang meningg4l dunia itu serta adik perempuannya yang berusia setahun, dengan bayaran RM2,800 sebulan.
Katanya, polis sudah mengambil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di rumah suspek selain merampas beberapa barang kes bagi siasatan lanjut.
“Menerusi pemeriksaan polis mendapati suspek lelaki turut mempunyai beberapa rekod lampau berkaitan jenayah.
“Polis beri jaminan akan menyiasat segala aspek bagi memastikan dalang yang menyebabkan kematian kanak-kanak malang itu dibawa ke mula pengadilan,” katanya.
Beliau berkata, kedua-dua suspek akan direman esok dan disiasat kerana membunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
“Tak ada keluarga terdekat lain ke? Dah knp pergi percaya org luar yg tiada hubungan keluarga? Plg tidak dgn duit RM 2 ribu lebih sebulan tu cukup utk hantar taska atau pusat jagaan yg berdaftar dan dipercayai, bahkan lebih boleh jimat di swasta. Bayar transport atau OT pun x pe. Asalkan keselamatan anak terjamin sekurang2nya.” – Kata Raja Nabeel
“kes mcm ni lh yg membuatkan aku takut hantar anak pegi pengasuh..sanggup suruh istri berhenti keje utk jaga anak..sambil² menjaga anak,istri buat bisnes online..” – Richi
“Ibubapa asyik mencari rezeki utk membayar pengasuh anak nya. Tak sangka itu pula yg terjadi..Sebaik nya jaga lah anak sendiri..lainlah kalau kerja dgn kerajaan ada imbuhan nya.” – Chuea
Tonton Video :
Sumber BH
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih