Sbb TerIalu Sayangkan Ank Memaasing, lbu Bapa Bertvmbuk Kerana Anak Berebut Mainan

Kita yg tengok video ni pun boleh rasa malu kan?

Ibu bapa sepatutnya menunjukkan contoh yang baik terhadap anak-anak, tetapi dua lelaki bergelar bapa ini memilih untuk bergaduh hanya kerana anak-anak mereka berebut mainan.

RAKAMAN VIDEO GDUH ADA DI BAWAH SEKALI

Insiden yang berlaku di sebuah pusat permainan kanak-kanak di pusat beli belah, tindakan seorang kanak-kanak yang mengambil mainan dari kanak-kanak yang lain.

Keadaan mencetuskan rasa tidak puas hati ibu bapa yang akhirnya menyebabkan seorang lelaki tersungkur di lantai.

Dan beberapa kanak-kanak yang menyaksi kejadian itu berada dalam keadaan trauma.

Pada awal kejadian itu, salah seorang lelaki cuba meredakan pergaduhan itu, malangnya gagal berbuat demikian.

Ini apabila ibu bapa yang lain juga turut masuk campur dengan membaling blok kayu pada lelaki berbaju merah jambu, sebelum lehernya dipaut oleh lawannya.

Tidak beberapa lama kemudian, beberapa lelaki turut bersama membantu menahan lelaki berbaju merah jambu terbabit.

Dan insiden itu berakhir dengan dirinya tersungkur di lantai akibat cedera dibelasah sekumpulan lelaki berkenaan.

Sementara itu, dua wanita dipercayai ibu kepada anak-anak yang terlibat dalam kejadian itu juga turut bergaduh dengan menarik rambut masing-masing.

Pergaduhan mereka berdua berakhir apabila lelaki berbaju hitam datang dan menumbuk wanita berkenaan lalu tersungkur ke lantai.

Difahamkan polis sedang menyiasat kes itu dan mengenal pasti punca sebenar kejadian yang berlaku di Shenzen, China itu.

Tonton Video:

Sumber The Reporter

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*