Mayat wanita yg ditemui dalam beg pakaian rupanya bukan calang² orang

Anak pmpuan serta suami barunya dikatakan turut hilang.

Myat seorang wanita yang ditemui disumbat di dalam sebuah beg pakaian di Sungai Mekong, wilayah Nakhon Phanom pada minggu lalu dikenal pasti sebagai pemilik sebuah syarikat dan jutawan dari Laos, lapor laman berita Thaiger semalam.

Seorang saudara kepada mangsa kemudian tampil dan  mengesahkan bahawa wanita itu bernama Wipaporn dan berusia 40 tahun.

Sudara wanita itu kemudian menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) untuk membuktikan kesahihan hubungan mereka.

Wipaporn didakwa merupakan ketua eksekutif salah satu syarikat pembinaan terbesar di wilayah Vientiane, Laos.

Dia dilaporkan sudah melangsungkan perkahwinan sebanyak dua kali dan mempunyai empat orang anak. Anak perempuannya yang berusia lima tahun dan suami terbaharunya juga dilaporkan hilang.

Media Laos melaporkan bahawa kereta Mercedez-Benze milik Wipaporn telah ditinggalkan berhampiran tebing Sungai Mekong di Laos.

Polis Thailand memaklumkan bahawa mereka tidak mempunyai kuasa untuk menyiasat kes itu dan menyerahkan semua bukti yang dikumpulkan kepada polis Laos untuk siasatan dan pendakwaan lanjut.

Superintendan Balai Polis That Phanom di wilayah Nakhon Phanom, Tawin Kankate melaporkan bahawa saudara kepada mangsa ingin mengadakan upacara pengebumian di Thailand.

Mayt Wipaporn kini berada di tanah perkuburan sebuah yayasan amal di bandar Mukdahan. Upacara pengebumian akan berlangsung selepas siasatan selesai.

Sumber Kosmo

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*