“Saya Malu Sangat, Tak Terlintas Nak Brgaduh Dgn Dia..” Makcik Nasi Lemak Nafi Ganggu Norli, Cuma Minta Jgn Niaga Menu Sama

“Sy tk kisah dgn kecaman netizen sehingga menggelar saya sebagai ‘Kak Long Kawasan’, sedangkan sy cuma berniaga utk menyara anak” – Makcik Nasi Lemak.

“Malu saya ni memang tebal sebab dia viralkan video itu. Tetapi itulah hakikatnya, tiada terlintas langsung di hati saya nak bergaduh,” demikian kata peniaga nasi lemak di depan Plaza Vads yang terbabit dalam video viral beberapa hari lalu.

RAKAMAN VIDEO PENJELASAN MAKCIK ADA DI BAWAH SEKALI

Jelas wanita berusia lingkungan 40-50 an itu, dia bukanlah jahat seperti yang disangka, apatah lagi melarang pesaingnya (Norli) mengucap ‘Astaghfirullahalazim’. Sebaliknya dia hanya meminta wanita muda itu berniaga menu yang sama dengannya.

“(Video viral itu membuatkan) makcik ini nampak jahat sangat. Bukan saya melarang dia mengucap, saya cuma cakap dengan dia jangan berniaga (menu yang sama),” katanya.

“Kami bukannya dengki seperti mana yang didakwa di media sosial,” jelas lelaki berkenaan.

Tambah wanita itu lagi, di penghujung video tular yang lalu dia ada memberitahu Norli bahawa dia tidak kisah sekiranya dia mahu berniaga menu yang lain dan dia tidak akan mengganggunya.

“Saya dah cakap dengan dia dalam video tular itu, dia nak meniaga apa benda pun meniagalah. Saya tak akan kacau pun dia,” katanya yang turut tidak kisah dengan kecaman portal media dan netizen sehingga menggelarnya sebagai ‘Kak Long Kawasan’, sedangkan dia cuma berniaga untuk menyara anak-anaknya.

“Selepas itu dia (Norli) berkata, kemaslah semua barang (tutup kedai). Bagi kami, terpulanglah kepada dia. Kami tak halang dia berniaga, cuma jangan berniaga benda yang sama sebab sebelum ini dah ada isu.

“Kita mencari rezeki di sini, mereka pula datang sekejap buat taik, kemudian tinggalkan begitu saja,” jelas lelaki berkenaan.

“Biasa la tu. bila dh jd gini mula la ‘ x terniat, x terlintas, tak tersengaja’ ..selagi boleh spin2 spin la. saya dgr ok makcik marah norli tu ckp jgn nk mngucap2 masa dia sebut astaghfirullahal azim tu. Rezeki ni ada di mana2 makcik. Allah dh tetapkan. berniaga la 10gerai benda sama kalau dh rezeki x kemana. Yakin je dgn rezeki Allah. tgok skrg dh xpasal2 gerai makcik dpt bad review. salah satu cara la ni Allah nk tarik rezeki makcik. Percaya je dgn rezeki Allah dgn yakin.” – Yusairah

“Mak saya lg lama meniaga kuih kat TTDI.. dh 30 tahun lbh. Drpd asalnya tapak tu depan kedai mamak, bertukar jd perodua & skrg dh bertukar jd burger king.. customer pon dh 3 generasi. Drpd dulu2 maknya dtg membeli, pastu anak skrg smpai ke cucu dtg membeli.. tp xdelah pulak mak saya nk g serang org lain yg jual kuih sbbnya mak saya yakin dgn rezeki masing2. Klu produk kau sedap dan org suka insyaAllah orang akan cari. Org2 lama TTDI mgkin kenal kuih seri muka cik rahmah..” – Wufiz

“Walaupun saya bukan peniaga tapi kalau niat ikhlas nak meniaga kerana Allah & niat nak tolong orang. In shaa Allah rezeki tu Allah bagi melimpah ruah. Niaga makanan yang sama tapi rasa mungkin tak sama. Saya nasihatkan baik akak pergi mintak maaf je balik. In shaa Allah netizen pun tak akan kecam akak dah. Lepas tu bertaubat & meniaga semula dengan niat nak cari rezeki halal. Percayalah akak dengan rezeki Allah swt!” – Nor Din

Tonton Video penuh : SILA KLIK DI SINI

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*