“Kakak Strong. Semua Sayang Kakak” Bapa Sissy Iman Beritahu keadaan terkini anaknya yang terpaksa ditidurkan

Kuala Lumpur – PENYANYI dan pengacara Sissy Imann memaklumkan bakal ditidurkan buat seketika bagi menjalani satu prosedur kesihatan pada Jumaat.

Sissy, 27, berkongsi berita tersebut menerusi satu hantaran yang dimuat naik di laman Instagramnya hari ini.

“Assalamualaikum semua. Pada hari Jumaat yang penuh barakah ini, Sissy nak pohon ampun dan maaf atas keterlanjuran kata dan perbuatan Sissy yang pernah menyakiti anda. Doakan urusan Sissy hari ini dipermudahkan ya.

“Hari ini merupakan hari yang penting untuk saya. Saya akan menjalani satu prosedur di mana saya akan ditidurkan buat seketika,” ujarnya.

Bagaimanapun penyanyi lagu Bebas itu tidak menjelaskan lebih lanjut tentang apa yang berlaku ke atas dirinya, mahupun prosedur yang dimaksudkan.

Malah Sissy memohon mereka yang mengenali agar tidak merujuk atau bertanyakan tentang perkara tersebut kepada ahli keluarganya.

“Saya amat menghargai jasa baik anda semua untuk tidak bertanya kepada ahli keluarga saya maklumat terperinci mengenai perkara ini. Terima kasih kerana memahami,” katanya.

Menjengah ruangan komen, para pengikut dan rakan-rakan selebriti menitipkan kata-kata semangat dan doa buat Sissy agar dipermudah urusan yang dijalaninya.

Bapa Sissy Iman kongsi keadaaan terkini

Bapa kepada penyanyi Sissy Iman iaitu Aliff Mohammad Kamil menulis coretan indah buat anaknya itu menerusi sebuah hantaran terkini yang dikongsikan di Instagram, awal hari ini.

Berkongsi situasi sewaktu proses kelahiran Sissy atau nama sebenarnya, Sissy Imann Mohammad Kamil, Aliff turut mendoakan agar urusannya dipermudahkan.

Sissy menerusi platform sama menjelaskan dia terpaksa ditidurkan bagi menjalani prosedur kesihatan. Bagaimanapun butiran terperinci mengenainya tidak dikongsikan.

“Kelahirannya aku tunggu dengan penuh harapan. Waktu tu aku kecewa tapi dalam masa yang sama aku redho.

“Doktor: 98% kandungan Puan adalah lelaki selepas scan.

“Aku: Kenapa tak 100%, doc?

“Doc: Selebihnya, up to God (Doktor India)

“Nak sangat yang kali ini girl. Kehadirannya memanglah banyak dugaan,” tulisnya.

Aliff pada masa sama turut berkongsi keadaan anak perempuannya itu ketika proses kelahiran.

“Dengan keadaan kandungan ; Songsang, ‘lipat dua’, delay 18 hari pulak tu. Pintu dah buka 2cm tapi masih tak ‘engagage’, to comfy inside, rasanyalah. Saiz besar, berat 3.8kg. Ambil masa untuk menangis.

“Aku: Apa option kami?

“Doktor: Dah due, leh je ikut tingkap (doktor berseloroh).

“Aku: I want your personal advice instead of your professional advice.

“Doktor: God knows when it ripe. But still you have your own choice because your baby is already due.

“Aku decided second option, normal delivery.

“Bonda: Ikut abanglah… Dia jenis wife yg akur kata suami. Dia tau, I want best of her and baby. Dia memang steady.

“Aku: Boy or Girl, Doc?

“Doktor: U discover it yrslf.

“Tapi hari ni dia kt sini, di bilik tu. Sekali lagi aku kena tunggu luar dengan penuh harapan. Lata khaf wala tahzan, Innallahama ana. Moga dipermudahkan segalanya dan lancar, InsyaAllah.

“Ayahanda tahu, kakak strong. Everything gonna be ok. Semua sayang kakak. Ayahanda sayang kakak,” tulisnya lagi.

Sumber: Sinarplus, MH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*