“Depan pelanggan cakap sambal kami tak sedap..” Lelaki cerita pengalaman pernah berniaga sebelah Makcik Nasi Lemak tiga tahun lepas

Lelaki cerita pengalaman pernah berniaga sebelah Makcik Nasi Lemak tiga tahun lepas, berlaku sesuatu yg mengejutkan smua?

Kecoh sehari dua ini berkenaan seorang makcik nasi lemak hampir semua platform media sosial bercerita perihal makcik ini ini gara-gara video yang tular.

Ramai yang mengecam makcik ini kerana dikatakan menyerang peniaga lain yang turut menjual menu yang sama iaitu nasi lemak.

RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

“Ramai juga yang bertanya hamba, adakah makcik yang sama semasa kami berniaga dulu? Jawab nya adalah ya.

“Hamba taknak lah cerita apa yang dia buat sepanjang kami berniaga. Sebab Tuhan dah pun respons hingga dia jadi bualan seluruh rakyat Malaysia. Semoga kita sama-samalah bertaubat,” katanya.

Ikuti kisah lelaki ini yang berniaga di Plaza Vads;

Hamba dan isteri berniaga pun atas niat nak hiburkan manusia. Bagi orang makan sedap-sedap. Kami masak sambal Nasi Lemak kasi betul-betul tanak, naik minyaknya, ladanya pun masak betul.

Baiki mana yang perlu. Tingkatkan lagi promosi dan iklan. Setiap peniaga, ada regular customer dia sendiri. Ada peminat dia sendiri. Takkan itu pun kita nak ajar? Ada orang suka kentang goreng Mcd, ada orang tak suka sebab dia suka kentang goreng tepi jalan. Rezeki lah tu.

Macam hamba dan isteri berniaga dulu, kami sendiri cemas dengan bantuan Tuhan. Laku ke? Ada orang ke? Masakan sedap ke?

Tapi, bila dah mula viral dan jadi buah mulut orang sekitar, kenalah cemas lagi dengan Tuhan atas segala nikmatNya ; sebab anytime je Tuhan boleh tarik balik nikmat viral tu sama ada lingkup atau orang dengki. Noktah.

Kami pun tak jangka, orang akan beratur panjang. Makcik sebelah tu pun ada pelanggan dia juga, pun beratur juga. Masing-masing sama-sama meriah.

Cuma hamba takde lah macam makcik sebelah hingga hantar spy ke gerai dhaif kami untuk pantau-pantau.

Kadang siap selamba je kritik sambal kami tak sedap di depan ramai pelanggan. Mujur ada pelanggan setia kami back up, “Sambal akak ni terpaling best yang pernah aku rasa nokk…” Haha, maaf lah, customer ni lemah lembut orangnya.

Tapi, gara-gara komen ikhlas dia itulah, customer makin meriah. Omputih pun borong Nasi Lemak dan lunch box kami. Tuhan.

Pegawai DBKL tak kacau ke? Jujur hamba jawab, tak langsung. Kita kena faham kerja mereka. Selagi mana tiada orang buat laporan, mereka tidak akan bertindak. Bila mereka pesan, pastikan sebelum jam 9 pagi dah kemas gerai, maka kami beri kerjasama.

Alhamdulillah, Tuhan buatkan jualan kami tu sebelum jam 9 pagi dah habis semua jualan. Malah, pegawai DBKL sendiri datang ke gerai hamba, beratur untuk beli Nasi Lemak dan Lunchbox kami.

Lauk signature kami adalah, daging blackpepper, ayam chicken butter dan rendang daging. Kalau habis lauk ni, muka pegawai DBKL memang sayu habis. Maka dengan itu, hamba suka simpankan lauk untuk mereka. Terhibur tak?? Ya, terhibur….itulah ajaran Islam. Didikan Ustaz Ashaari Muhammad.

Maka, jadilah peniaga Islam lagi bertaqwa. Jangan jadi peniaga Melayu. Macam-macam boleh terjadi seperti apa yang berlaku hari ini.

Kan indah saling bantu membantu, nasi lemak kita habis – kita bagitau pelanggan kita, beli kat jiran sebelah – ada juga jual nasi lemak. Kalau timun kita habis, boleh pulak pinjam timun jiran sebelah. Harmoninya ya Allah. Masyarakat idaman kita semua.

Berniaga ni, ada customer nya masing-masing. Ada rezekinya masing-masing. Di dalam masa yang sama, selalulah bertaubat dan baiki diri. Hamba berpesan untuk diri sendiri juga. Wallahualam.

 

Sumber : @Abu Raziq Ansorullah via Malaysia Dateline

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*