
“Saya cuba pecahkan cermin kereta untuk tarik lstri keluar. Ketika itu tangki minyak kereta tiba-tiba meletup menyebabkan orang ramai menarik saya kerana api terlalu marak.”
KOTA TINGGI – “Hati saya tenteram bila dapat tahu jenazah anak dalam keadaan sempurna, ” luah bapa Allahyarham Nurul Nazihah, 28 yang mavt dalam kemalngan di Kilometer 45.7 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara berhampiran Sedenak di sini malam tadi.
RAKAMAN VIDEO TEMUBUAL SUAMI YG MENYAYAT HATI ADA DI BAWAH SEKALI
Kamalul Arifin Ahmad 66 berkata dia menerima maklumat tentang kemalngan itu kira-kira pukul 8 malam, namun pada awalnya tidak tahu anaknya terbakar dalam kejadian itu.
Katanya arwh anak keempat dalam keluarga merupakan seorang yang amat tegas dalam bab agama.
“Saya memang sudah lama hendak pergi menunaikan umrah ketika usia 50 tahun namun ketika itu ada komitmen terhadap anak-anak. Perjalanan umrah kami ini dirancang oleh isteri dan arwh tiga empat bulan yang lepas.
“Arwh juga tahu saya memang sudah lama hendak pergi umrah. Arwh juga ada menambah duit untuk kos umrah saya dan isteri. Kami pergi berempat saya, arwh, suami arwh dan isteri.
“Arwh juga sempat membeli buah zuriat di Makkah. Sejak berkahwin tiga tahun lalu arwh dan suami belum dikurniakan rezeki cahaya mata,” katanya lagi.
Sementara itu, sepupu mangsa, Nur Izzah Atikah Jamaludin, 28 berkata suami mangsa masih berada dalam keadaan trauma dengan insiden yang berlaku sehingga mengigau menyebut nama isterinya malam tadi.
“Kami sepupu rapat sejak kecil lagi jadi mangsa memang ceritakan semuanya kepada saya apa berlaku. Menurut suaminya ketika kejadian arwh tidak dapat selamatkan diri kerana tersepit.
“Namun suaminya tetap berusaha untuk menyelamatkan arwh. Ekoran keadaan api yang semakin marak arwh meminta suaminya keluar menyelamatkan diri.
“Suaminya diselamatkan orang ramai dengan keluar melalui pintu belakang kereta dan turut alami melecur di muka. Mereka pasangan suami isteri yang sangat kelakar memang ralat bila dapat tahu kejadian yang menimpa arwh,” katanya.
Terdahulu dua mavt manakala empat yang lain selamat dalam kemalngan empat kenderaan yang membabitkan sebuah lori Isuzu dan tiga kereta iaitu Proton Wira, Toyota Vios dan Proton Preve.
KOTA TINGGI: “Awak keluar dulu”. Itulah ungkapan terakhir wanita yang mavt dalam kereta terbakar dalam kemalngan di Kilometer 45.7 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, berhampiran Sedenak, malam tadi.
Redzuan Jamil, 28, berkata, beliau ditarik keluar orang ramai daripada cermin kereta bahagian penumpang belakang, cuba menyelamatkan isterinya, Nurul Nazihah Kamalul Arifin atau dikenali sebagai Azi, 28.
“Cubaan saya memecahkan cermin depan kereta dan memecahkan pintu penumpang depan tidak berjaya dan isteri tersepit di tempat duduk depan.
“Ketika itulah tangki minyak kereta tiba-tiba meletup menyebabkan orang ramai menarik saya kerana api terlalu marak.
“Saya tidak merasa bahang panas api, malah isteri juga tidak memanggil nama saya, selepas dia meminta saya keluar menyelamatkan diri dulu,” katanya sugul ketika ditemui di kediaman ibu bapa isterinya di Kampung Lukut Batu 4, di sini, hari ini.
Menceritakan detik-detik kemalngan berlaku, Redzuan yang mengalami kesan lecuran di muka berkata, semuanya bermula selepas berlaku kesesakan di lebuh raya berikutan kemalngan yang berlaku berhampiran kawasan itu.
“Ketika itu semua kenderaan termasuk kereta dinaiki kami berhenti kerana berlaku kesesakan. Namun tiba-tiba berlaku impak rempuhan dari belakang yang menyebabkan kereta dinaiki serta dua lagi dilanggar dengan kuat.
“Selepas beberapa ketika barulah saya menyedari sebuah lori lima tan merempuh kereta dinaiki kami, sebelum orang ramai menarik saya keluar dari kereta,” katanya.
Redzuan yang juga ejen takaful berkata, ketika kejadian malang itu, beliau dan isterinya baru selesai bertemu pelanggan di Kluang.
Katanya, beliau dan isteri dalam perjalanan ke Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri bagi menyaksikan JDT menentang Sabah FC.
“Saya tidak menyangka insiden ini pula menimpa kami,” katanya.
Redzuan berkata, beliau selalu membawanya ke mana sahaja beliau pergi.
“Kami memang akan berdua ke mana saja sejak berkahwin tiga tahun lalu sebab saya bekerja sendiri.
“Saya tidak menyangka isteri akhirnya pergi dengan cara begini,” katanya.
Tonton Video : SILA KLIK DI SINI
Sumber BH
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Be the first to comment