(Video) Isteri selamat dikebumikan, Sekali Reaksi Suami Arwh pula undang hiba

Kota Tinggi: Jenazah Nurul Nazihah Kamalul Arifin, 28 yang mavt dalam kemalangan ngeri di Kilometer 45.7 Lebuhraya Utara-Selatan, Arah Selatan dekat Sedenak, semalam, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Temenin Lama, Kota Tinggi, Kota Tinggi, petang ini.

Jenazah Nurul Nazihah atau dikenali di kalangan ahli keluarga sebagai Azi selamat dikebumikan kira-kira jam 3.40 petang.

Lebih 100 sanak-saudara dan rakan taulan membanjiri kawasan tanah perkuburan berkenaan bagi memberi penghormatan terakhir.

Suasana tenang mula bertukar hiba sebaik van yang membawa jenazah Azi memasuki kawasan perkuburan kira-kira jam 3.30 petang.

Sebelum itu, jenazah disolatkan di Masjid An-Nur Kampung Lukut Batu Empat sebelum di bawa kediaman ibu bapanya.

REDZUAN (kiri) dan Kamalul Ariffin (kanan) menyiram air ketika pengebumian Nurul Nazihah di Tanah Perkuburan Islam Kampung Temenin Lama, Kota Tinggi. FOTO NUR AISYAH MAZALAN

Tinjauan di rumah keluarga mangsa di Kampung Lukut Batu Empat sejak pagi tadi mendapati ratusan saudara mara dan sahabat handai memenuhi perkarangan rumah keluarga Azi bagi menunggu ketibaan jenazah Allahyarham.

Malam tadi tular video menyayat hati seorang suami yang menjerit dan merintih memaklumkan isterinya berada di dalam kenderaan yang sedang marak terbakar.

Video berdurasi satu minit 37 saat itu memperlihatkan lelaki itu memanggil isterinya dan menyatakan tidak akan meninggalkan isterinya.

Dalam kemalangan ngeri kira-kira jam 7.45 malam tadi itu, dua individu mavt dalam kenderaan yang marak terbakar selepas kereta dinaiki terbabit kemalangan babitkan empat kenderaan, di Kilometer 45.7 Lebuhraya Plus Utara Selatan, Arah Selatan, berhampiran Sedenak.

REDZUAN ditenangkan ahli keluarga dan rakan ketika pengebumian Nurul Nazihah di Tanah Perkuburan Islam

Ketika kejadian, Nurul Nazihah Kamalul Arifin, dipercayai tersepit di tempat duduk penumpang hadapan sementara suaminya berjaya ditarik keluar dari kereta oleh orang awam.

Identiti seorang lagi mngsa dari kereta berasingan masih belum dapat dikenalpasti.

​“Saya Berdua Tak Pernah Tinggal Dia..” – Tiga Tahun Dengan Arwh

Dalam temu bual itu, Redzuan berkata, dia dan isteri tak pernah berenggang sebelum ini. Ke mana sahaja dia pergi, dia akan berdua bersama isteri walaupun untuk urusan kerja.

3 tahun dengan dia saya takde anak. Jadi saya berdua tak pernah tinggal dia mana-mana saya pergi. Saya tak pernah tinggal dia. Melainkan kalau dia ada kerja dia kata tak boleh ikut baru saya tinggal dia tapi memang kebanyakannya saya tak pernah tinggal dia lah. Masa saya berdua je dengan dia.

Kakak Arwh Ucap Terima Kasih Kepada Semua

Menurut kakak arwh lagi, adik beliau sebenarnya tidak hamil seperti yang perkatakan oleh sesetengah pihak

Kongsinya lagi, ketika kejadian mereka dalam perjalanan dari Kluang menuju ke Gelang Patah untuk ke stadium menyaksikan perlawanan bola Johor Darul Takzim (JDT).

Sumber: Kosmo

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*