“Buku bertemu Ruas..” Baru saja Caprice kata nak saman Mydin 30 juta, Sekali lni Respon Yg Mngejutkan Dari Mydin

Baru saja Caprice kata nak saman Mydin 30 juta , Sekali Ini Respon Yg Sangat Mengejutkan Dari Mydin.

Nama penyanyi rap sensasi, Caprice tidak perlu diperkenalkan lagi kerana figura ini seringkali prihatin dengan nasib menimpa sesuatu individu atau situasi.

Malah, pemilik nama Ariz Ramli menjadi sorotan netizen kerana tidak pernah ketinggalan turun padang sehingga sanggup bersengkang mata bersama tim miliknya bagi merungkaikan sesuatu isu.

Tidak berdiam diri apabila ‘rasa’ namanya dijadikan bahan jenaka, Caprice meminta pihak Mydin bagi membuat permohonan maaf  dalam tempoh 24 jam selain meminta mereka untuk memadam ciapan tersebut.

Dalam hantaran berikutnya, Caprice mengatakan dia tidak teragak-agak mahu menyaman pihak Mydin sekiranya tiada sebarang permohonan maaf daripada pihak tersebut.

Tindakan membuat ciapan di laman Twitter itu jelas membuatkan klien Caprice rasa dihina dan tidak selamat lagi.

“Disebabkan hantaran Mydin pada 19 Oktober, klien kami rasa dihina oleh jenama dan pasaraya mereka kerap beli-belah.

“Penghinaan awam menyebabkan klien kami rasa tidak selamat dan trauma terhadap pembeli, pekerja dan pelanggan dari Mydin. Kami akan mengenakan tindakan undang-undang,”tulis Caprice.

Selain itu, Caprice berharap agar pihak Mydin tampil membuat video permohonna maaf dan ganti rugi atas hantaran berbaur sindiran tersebut.

Antara reaksi netizen:

“Tak boleh samannya..bukan mydin sebut nama dia secara terangan…mydin sebut cap dan rice, tu memang ada jual di mydin…tak ada salah apa pun, tu memang hak mydin untuk promote pasaraya dia” – Eja

“Jaga2 Mydin..nanti kisah lampau Mydin habis didedahkan…kut2 la Mydin pnh gaduh dgn Giant ke..Tesco ke..The Store ke..takpun pernah x senang dgn kawan dari oversea tu..mcm Cold Storage ke..Village Grocer ke..Jaya Grocer ke..harap bff Mydin Malakat Grocer boleh standby..7e, 99speedmart,KK Mart jgn lupa bagi support…” – Elias

“Hati tisu ni takleh jadi pejuang. Dia kena jadi anak mak, duduk bawah ketiak je. Dia sentuh pasal org boleh, bila kena dekat diri dia, nak saman. Budak ni belum bertemu buku dgn ruas lagi ni. Semoga ada yg boleh saman dia balik sampai pokai. Baru ada akai.” – Sara

Ini Respon Win Dari Pihak Mydin

Sejak semalam, kecoh di media sosial mengenai hantaran yang dibuat oleh pasaraya terkenal, Mydin yang dikatakan berbaur sindiran terhadap nama penyanyi rap terkenal, Caprice untuk mempromosikan barang mereka.

Perkongsian yang dimuat naik di Twitter itu telah mengundang rasa tidak puas hati Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli sehinggakan dia mahu mengambil tindakan saman RM30 juta ke atas pihak Mydin jika tidak membuat permohonan maaf dalam tempoh 24 jam.

Bagaimanapun, sehingga kini tiada permohonan maaf yang dilakukan oleh pihak Mydin namun, mereka kelihatan tenang meskipun digertak oleh penyanyi sensasi itu.

Malah, menerusi ciapan terbaharu mereka, pihaknya hanya menerima banyak notification pagi ini dan bertanya kepada pengikutnya sudah membeli belah atau tidak di pasaraya Mydin.

Bukan itu sahaja, nama syarikat Mydin juga secara tiba-tiba menjadi trending di Twitter selepas isu bersama Caprice tersebut tular di media sosial.

Dalam pada itu, ada juga individu yang memberi pandangan supaya pihak Mydin memberi saman balas kepada Caprice kerana dia tidak berhak untuk mengambil tindakan mahkamah kerana ciapan tersebut tidak menyentuh namanya secara terus terang.

Bagaimanapun, diharapkan kedua-dua belah pihak dapat menyelesaikan masalah ini dengan baik dan tidak memburukkan nama mana-mana individu.

Sumber: Twitter @mydinmalaysia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*