Gara² Pulangkan Balik ‘Cap’ dan ‘Rice’ yg DibeIi, Caprice Akan Saman Mydin 30 Juta

Jangan dibuat main nama tu. Bahaya.

Nama penyanyi rap sensasi, Caprice tidak perlu diperkenalkan lagi kerana figura ini seringkali prihatin dengan nasib menimpa sesuatu individu atau situasi.

Malah, pemilik nama Ariz Ramli menjadi sorotan netizen kerana tidak pernah ketinggalan turun padang sehingga sanggup bersengkang mata bersama tim miliknya bagi merungkaikan sesuatu isu.

Tidak berdiam diri apabila ‘rasa’ namanya dijadikan bahan jenaka, Caprice meminta pihak Mydin bagi membuat permohonan maaf  dalam tempoh 24 jam selain meminta mereka untuk memadam ciapan tersebut.

Dalam hantaran berikutnya, Caprice mengatakan dia tidak teragak-agak mahu menyaman pihak Mydin sekiranya tiada sebarang permohonan maaf daripada pihak tersebut.

Tindakan membuat ciapan di laman Twitter itu jelas membuatkan klien Caprice rasa dihina dan tidak selamat lagi.

“Disebabkan hantaran Mydin pada 19 Oktober, klien kami rasa dihina oleh jenama dan pasaraya mereka kerap beli-belah.

“Penghinaan awam menyebabkan klien kami rasa tidak selamat dan trauma terhadap pembeli, pekerja dan pelanggan dari Mydin. Kami akan mengenakan tindakan undang-undang,”tulis Caprice.

Selain itu, Caprice berharap agar pihak Mydin tampil membuat video permohonna maaf dan ganti rugi atas hantaran berbaur sindiran tersebut.

Antara reaksi netizen:

“Tak boleh samannya..bukan mydin sebut nama dia secara terangan…mydin sebut cap dan rice, tu memang ada jual di mydin…tak ada salah apa pun, tu memang hak mydin untuk promote pasaraya dia” – Eja

“Jaga2 Mydin..nanti kisah lampau Mydin habis didedahkan…kut2 la Mydin pnh gaduh dgn Giant ke..Tesco ke..The Store ke..takpun pernah x senang dgn kawan dari oversea tu..mcm Cold Storage ke..Village Grocer ke..Jaya Grocer ke..harap bff Mydin Malakat Grocer boleh standby..7e, 99speedmart,KK Mart jgn lupa bagi support…” – Elias

“Hati tisu ni takleh jadi pejuang. Dia kena jadi anak mak, duduk bawah ketiak je. Dia sentuh pasal org boleh, bila kena dekat diri dia, nak saman. Budak ni belum bertemu buku dgn ruas lagi ni. Semoga ada yg boleh saman dia balik sampai pokai. Baru ada akai.” – Sara

Sumber: Omm. Twitter @MydinMalaysia , Instagram @capricedaddycap

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*