
Sekiranya sesuai dituduh, pertuduhan akan disegerakan..
ISKANDAR PUTERI – Seorang pelajar lelaki mavt setelah dibaling dengan sebilah pisau oleh kakaknya dalam kejadian yang berlaku di rumah mereka di kawasan Ulu Pulai, Ulu Choh, dekat sini petang semalam.
RAKAMAN PENUH ADA DI BAWAH SEKALI
Dalam kejadian pukul 2.15 petang itu, mngsa berusia 16 tahun itu mavt di tempat kejadian akibat cedra par.ah.
“Suspek telah ditangkap dan akan dipohon bagi mendapatkan perintah tahanan reman,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Rahmat, mngsa disahkan m4ti pada pukul 2.30 petang.
Katanya, mayat mngsa akan dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru untuk dibedah siasat.
Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Normadiana Mamat di Mahkamah Majistret Johor Bahru.
Remaja berusia 18 tahun yang belajar di sebuah sekolah di Gelang Patah itu dibawa ke mahkamah pada 9.25 pagi.
Remaja itu kelihatan sugul manakala tiada ahli keluarga hadir ke mahkamah.
Difahamkan ahli keluarganya sibuk berurusan di rumah mayat di Hospital Sultanah Aminah (HSA) sehingga selesai proses bedah siasat mngsa.
Semalam, media melaporkan mngsa berusia 16 tahun disahkan menggal dunia pada 2.30 petang dipercayai tertusuk pisau dibaling kakaknya di Kampung Ulu Pulai, Ulu Choh di sini.
Kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham akibat berebut tempat duduk dalam kereta ketika pulang dari sekolah.
Kakak mngsa mengaku membaling pisau ke arah mngsa selepas dipersenda ketika masuk ke rumah.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Johor Bahru: Polis akan menyegerakan siasatan kes kem4tian tragis remaja lelaki berusia 16 tahun yang dipercayai tertusuk pisau pemotong sayur dibaling kakaknya.
Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, kakak mngsa iaitu suspek kes yang berusia 18 tahun ditahan bagi membantu siasatan dan remaja perempuan itu memberi kerjasama penuh.
Beliau berkata, bagi tindakan lanjut, pihaknya masih menunggu arahan daripada Timbalan Pendakwa Raya.
“Kita faham mereka adik-beradik, kesalahan itu (tetap) kesalahan dan kita tunggu arahan Timbalan Pendakwa Raya.
“Laporan bedah siasat sudah ada, siasatan akan disegerakan dan sekiranya sesuai dituduh, pertuduhan akan disegerakan.
“Selepas siasatan dijalankan, remaja berkenaan juga akan dirujuk bagi menjalani kaunseling bagi tujuan pemulihan,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Polis menerima panggilan berkaitan kejadian tragis itu yang berlaku di Kampung Ulu Pulai di Ulu Choh di sini pada 2.15 petang kelmarin.
Proses bedah siasat sudah dijalankan Jabatan Forensik Hospital Sultanah Aminah (HSA) sebelum jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Ulu Pulai di sini, semalam.
Kakak mngsa pula direman enam hari sehingga 25 Oktober depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara dua beradik itu akibat berebut tempat duduk dalam kereta ketika pulang dari sekolah.
Berdasarkan laporan bedah siasat, punca kem4tian disahkan akibat pendarahan yang banyak manakala tiada kecedraan lain ditemui di tubuh mngsa.
Mngsa menggal dunia di tempat kejadian dan polis merampas pisau pemotong sayur yang digunakan.
Sumber HM
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Be the first to comment