
“Kalau betul saya nak buka aib, bukan macam ni..” – Kakak
Walaupun baru seminggu mendirikan rumah tangga, tetapi Abang Viva dan isterinya jadi bualan hangat apabila didakwa bernikah tanpa pengetahuan keluarga oleh kakak keduanya.
RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI
Rentetan itu, dia meminta agar diberikan ruang demi menyelesaikan salah faham yang telah berbangkit itu secara tenang dan tertutup.
Terdahulu, Fauziyah Omar memaklumkan posting tularnya sebelum ini telah diturunkan atas permintaan pasangan mempelai sendiri.
Namun tegasnya, tujuan asal hantaran itu dimuat naik bukanlah untuk membuka aib pengantin atau keluarga. Sebaliknya lebih kepada makluman kepada pihak yang ‘selamba’ datang ke rumah tanpa mengira waktu sekali gus mengganggu ketenteraman orang tuanya.
Baiklah.. atas permintaan tuan punya badan dan isterinya meminta sy turunkan posting, maka diturutkan.
Mulanya sy nak mereka minta maaf kepada mak ayah sy dulu sebelum sy turunkan post. Tapi apa bezanya sy dan mereka jika sy meletakkan syarat begitu. Nampak sgt sy pun lebih nak femes.
Ingin sy tegaskan disini, posting tersebut bukan membuka aib keluarga. Tapi utk pemakluman kepada golongan netizen yg dtg rumah tak tentu masa mengganggu ketenteraman mak ayah sy tanpa mengira waktu.. Dlm posting tu saya mohon kepada semua tolong jangan tanya dan ganggu mak ayah sy. Itu shaja. Salah ke sy sebagai seorang anak menjalankan tanggungjawab sy menjaga hati dan perasaan org tua sy? Permintaan seorang anak itu dikira membuka AIB? Bagaimana dgn aib mak ayah sy?
Mak ayah sy diserang bertalu2 dari pihak keluarga, kenalan, malah dari org yg tak dikenali sejak dari berita pernikahan mereka. Org tanya kenapa tak jemput mereka, kenapa nak rahsia, tak kurang juga ada yg dah pulaukan pun mak ayah sy sbb katanya dah kaya lupa saudara.
Hati anak mana yg sanggup tengok keadaan mak ayahnya yg jatuh terduduk selepas tau berita itu? Hati anak mana yg kuat?
Mak ayah sy hingga perlu mendapatkan rawatan pakar. Ada yg tanya?
Netizen, semoga kamu dan keluarga kamu dijauhkan dari dugaan yg begini.
Kalau sy nak membuka aib.. bukan begini.. saya jauh dari keluarga atas sebab apa? Hanya org yg kenal sy dan keluarga yg tahu apa kami lalui. Apa yg berlaku. Tak semua benda perlu diviralkan dan buat live utk org tahu. Tapi disebab kan isu ini bermula dgn kuasa viral, kuasa publisiti, maka sy gunakan saluran yg sama utk membersihkan nama mak dan ayah saya.
Orang tanya kenapa rahsiakan nikah, tak jemput mereka? Disebabkan bermula dengan kuasa viral…maka saya guna saluran sama
Sejak kecoh berita pernikahan Abang Viva secara ‘senyap-senyap’ pada 14 Oktober lalu, ‘tempiasnya’ didakwa banyak terkena keluarga. Selain mempersoalkan tidak dijemput ke acara berkenaan, Fauziyah turut sedih apabila ibu bapanya ‘dipulaukan’ konon dah kaya hingga lupakan saudara-mara.
Disebabkan isu ini mula tercetus dengan ‘kuasa viral’, maka dia turut guna saluran sama untuk membersihkan tanggapan negatif yang dilemparkan kepada orang tuanya.
Apa pun orang luar cakap, yang pasti kita tau mak ayah tetap sayang adik…semoga dipermudahkan segala ujian yang menimpa keluarga
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata ahli keluarga dan kenalan terdekat mendoakan agar urusan Fauziyah serta ibu bapanya dipermudahkan. Walau apa pun yang dicanang oleh orang luar, mereka percaya pasangan warga emas tersebut tetap menyayangi Abang Viva.
Sumber Facebook Fauziyah Omar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Be the first to comment