
“Kalau boleh kami hendak jaga smua anak arwh dan perbincangan akan dibuat selepas ini untuk tidak memisahkan empat beradik ini” – lbu saudara.
GERIK – Sepasang suami isteri mavt selepas skuter jenis KYMCO yang ditunggang mereka terlibat nahas dengan sebuah kereta di Kilometer 32.3, Jalan Kuala Kangsar-Gerik-Pengkalan Hulu di sini semalam.
RAKAMAN PENUH ADA DI BAWAH SEKALI
Dalam kejadian sekitar pukul 6 petang berhampiran Pusat Rekreasi Lata Kekabu itu, mngsa, Azranawi Radzi, 42, mavt di tempat kejadian manakala isterinya, Rosnah Ahmad, 44, menggal dunia di Klinik Kesihatan Lenggong.
Kemlngan itu turut menyebabkan remaja lelaki berusia 14 tahun patah betis kiri dan bahu kanan manakala bapanya yang memandu Proton Iswara tidak cedera.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, kemlngan berlaku ketika mngsa dan isteri yang menunggang skuter dalam perjalanan dari arah Gerik menghala ke Kuala Kangsar.
“Penunggang motosikal mavt di tempat kejadian manakala isterinya menggal dunia di Klinik Kesihatan Lenggong. Mayat kedua-dua mngsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Gerik untuk bedah siasat esok,” katanya di sini hari ini.
Menurut beliau, pemandu kereta ditahan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sahabat sekolah menengah Anderson Ipoh Dan sahabat seperjuangan perniagaan dlm bidang makanan ROSE PULUT AYAM , Nawie Radzi Dan isteri Rosnah Damha telah pergi menghadap Sang pencipta petang tadi dlm kemlngan motosikal di Lenggong PERAK…kedua2 arwh di bawa ke unit forensik hospital Grik untuk di uruskan..
InsyaAllah 2 kenderaan Van Jnzh Percuma Persendirian Dan van jnzh percuma dari team Paknjang Maknjang akan berikan bantuan khidmat YG terakhir utk arwh utk di bawa ke IPOH
Semoga Allah permudahkan segala urusan kami..
Salam Takziah kepada Seluruh ahli keluarga. Semoga sabar dan tabah melalui ujian ini dan didoakan semoga roh mereka dicucuri dalam rahmat kasih syg Allah serta ditempatkan di kalangan orang beriman.
TIADA DAYA KITA HANYA ALLAH YANG MAHA KUASA ATAS SETIAP PERANCAGANNYA ..
“KEHIDUPAN YANG ALLH JANJIKAN ADALAH KEM4TIAN”
GERIK: “Saya yang menjodohkan mereka berdua,” demikian reaksi sebak Hamizura Osman, ibu saudara kepada Rosnah Ahmad, 44, yang mavt bersama suami, Azranawi Radzi, 42 dalam nahas motosikal, petang semalam.
Pasangan itu menggal dunia selepas motosikal ditunggang Azranawi dan dibonceng oleh Rosnah terbabit nahas dengan sebuah kereta di KM32.3 Jalan Kuala Kangsar-Gerik-Pengkalan Hulu, dekat Kota Tampan, Lenggong, kira-kira jam 6.15 petang semalam.
Hamizura berkata demikian ketika ditanya mengenai hubungannya dengan pasangan terbabit.
Beliau turut tidak menyangka, melihat sendiri suami isteri itu juga dipisahkan serentak.
Selain mempunyai pertalian darah dengan Rosnah, Hamizura berkata, beliau dan suami turut berkawan rapat dengan Azranawi, yang juga bekerja sebagai penguatkuasa di Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).
“Saya dan suami berkawan dengan Azranawi sudah lama sebelum kami berdua mempertemukan Azranawi dengan Rosnah yang juga anak saudara saya ketika usia Azranawi 24 tahun,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Gerik, di sini, hari ini.
Turut berada di pekarangan Unit Forensik itu adalah waris kedua-dua pasangan, namun empat anak mngsa tidak kelihatan.
Hamizura berkata, pasangan itu menggalkan empat anak yang masih bersekolah berusia berusia tujuh tahun, 12 tahun, 14 tahun dan 16 tahun.
Katanya, setakat ini, belum ada perbincangan antara ahli keluarga mengenai penjagaan anak pasangan terbabit.
“Kalau boleh kami hendak jaga keempat-empatnya dan perbincangan akan dibuat selepas ini untuk tidak memisahkan empat beradik ini,” katanya.
Sementara itu, abang sulung Rosnah, Zamzuri Ahmad, 52, menyifatkan adik dan adik iparnya itu sebagai pemurah apabila kedua-dua mereka gemar belanja saudara-mara, malah memberi potongan harga kepada rakan yang mengunjungi gerai makan mereka di Manjoi, Ipoh.
Beliau berkata, beliau difahamkan kejadian berlaku ketika pasangan itu dalam perjalanan pulang dari Gerik menghala Ipoh bersama konvoi bermotosikal dengan rakan lain.
Katanya, Allahyarham Azranawi sememangnya gemar berkunjung ke sini bagi mendapatkan bekalan barangan, sama ada secara sendirian atau bersama Rosnah.
Jnzh pasangan itu menggalkan pekarangan Unit Forensik Hospital Gerik, kira-kira jam 11.43 pagi tadi dan dihantar ke Masjid An-Nur Batu 8, Ulu Kinta, Ipoh, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Rambutan, Ipoh.
Sumber Kosmo & Berita Harian
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Be the first to comment