“Saya sayang anak sy, bukan sesaja bongkar..” Niat hanya utk hentikan kecaman netizen, lbu terkilan rupanya banyak info yang tidak disiarkan

Demi Allah, niat saya kuat utk bercakap depan media adalah kerana sy nk orang ramai hentikan kecaman pada kakak..” – lbu

Kisah seorang remaja perempuan membaling pisau ke arah adiknya sehingga menyebabkan kem4tian menjadi bualan panas ramai lebih-lebih apabila ibu mngsa muncul dalam sebuah  siri televisyen realiti jenyah tersohor Malaysia iaitu 999 yang disiarkan di TV3.

RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

Bagaimanapun, sikap keterbukaan ibu kedua-dua remaja terlibat itu menimbulkan rasa kurang senang da tidak dipersetujui oleh peguam, Asiah Abd Jalil.

Terbaharu, peguam berkenaan memberitahu ibu mngsa terlibat menelefonnya bagi menceritakan hal sebenar yang berlaku kerana ditemubual oleh wartawan.

Dan, dia tidak tahu menjawab setiap soalan yang diutarakan oleh wartawan berkenaan adalah satu kesalahan.

Jelas wanita berkenaan, tujuan dia menjawab segala persoalan diajukan oleh wartawan berkenaan hanyalah dengan satu niat sahaja iaitu mahu netizen menghentikan sebarang kecaman dan kritikan terhadap anak perempuannya.

“Saya sayang anak saya, Puan. Saya ke sana ke mari untuk mendapatkan peguam untuk dia. Bergolok bergadai, demi Allah niat saya kuat unyuk bercakap depan media adalah kerana saya nak orang hentikan kecaman terhadap kakak,”ujar wanita berkenaan kepada Asiah.

Dalam masa sama, wanita berkenaan meluahkan rasa terkilan kepada Asiah apabila banyak informasi yang diberitahunya dalam temubual berkenaan tidak disiarkan dalam program berkenaan.

“Temubual berlangsung agak panjang. Macam-macam yang ibu tersebut katakan sepanjang temubual. Tapi tidak disiarkan oleh TV3.

“Berkenaan siaran rancangan 999 di TV semalam, saya boleh katakan, wartawan TV3 sangat tidak beretika. Menanguk di air keruh, edit content yang sensasi sahaja demi mengejar rating tinggi,”tulis Asiah.

Sekadar info, hari ini remaja berusia 17 tahun berkenaan mengaku tidak bersalah menyebabkan kem4tian adik lelakinya. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin serta perlu melapor diri di Balai Polis Gelang Patah setiap sebulan sekali.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula bagi laporan bedah siasat pada 5 Disember ini.

Tonton Video : SILA KLIK DI SINI

Sumber: Facebook Asiah Abd Jalil

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*