“Hadiah paling bermakna,” – [VIDEO] Suami terharu terima kejutan isteri hamil

“Hadiah paling bermakna” – [VIDEO] Suami terharu terima kejutan isteri hamil

Kejutan ketika berkongsi berita kehamilan kepada suami sudah menjadi trend dalam kalangan masyarakat pada masa kini.

Momen manis ini biasanya akan dirakam dan dikongsikan di media sosial sebagai kenang-kenangan.

Tidak ketinggalan berbuat demikian ialah ialah wanita ini, yang memberikan hadiah berupa kit ujian kehamilan untuk suami tercinta.

Terbaru menerusi video tular yang dimuat naik menerusi laman tiktok @puteri.nadiah, seorang lelaki dilihat sedang bermain dengan seekor kucing menerima hadiah daripada isterinya berupa barangan bayi.

Namun apa yang mencvri perhatian ialah tujuan sebenar hadiah itu diberi, dimana selepas hadiah barangan bayi itu diberi, si isteri kemudian menghadiahkan kit ujian kehamilan yang menyatakan dia sedang hamil.

“Selepas 8 bulan terperap dalam fon, dan menunggu sampai dah selamat semuanya, barulah rasa senang hati nak share hadiah harijadi yg suami takkan boleh lupa. Alhamdulillah, 12/11/22 secara rasminya kami menjadi Mommy & Babah kpd puteri sulung kami. Syukur ya Allah ,” tulis @puteri.nadiah di ruangan kapsyen.

Video:

https://www.tiktok.com/@puteri.nadiah/video/7165848407183985947

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah menerima 113.3k tontonan, 11.7k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata terharu melihat reaksi si suami ketika menerima kejutan tersebut.

Komen netizen:

Sumber: tiktok @puteri.nadiah

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

kredit: keramatviral

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*