Bekas Suami Nak Kahwin, Lufya Tak Cemburu Anggap Julia Farhana Masih Mentah

Nampaknya konflik antara Lufya Omar, bekas suaminya, Dr Che Hafiz dan pelakon, Julia Farhana masih belum ada kesudahannya lagi.

Memetik Astro Gempak, Lufya menafikan rasa cemburu terhadap hubungan cinta bekas suaminya dengan Julia yang dikhabarkan bakal berkahwin tidak lama lagi.

Tidak kisah untuk suaminya berkahwin lagi, Lufya turut kasihan terhadap Julia yang disifaktan masih mentah kerana belum lagi merasai fasa bergelar isteri dan ibu.

“Saya dah lama tahu pasal hubungan mereka. Korang nak kahwin, silakan! Tiada siapa jealous. Sebenarnya saya cakap terus terang yang saya kesian dengan budak itu (Julia).

“Dia masih muda… orang kata belum lagi lalui perjalanan sebagai seorang isteri dan ibu. Mungkin saya rasa dia terlalu buta dalam percintaan, tak boleh nak fikir. Untuk dia nak jadi mak tiri Haura, saya rasa it’s imposible. Kita ni tak tahu la.. risau salah cakap,” katanya.

Menurut Lufya dia mengakui menyekat Julia di WhatsApp kerana baginya tiada keperluan untuk ada campur tangan daripada orang luar lebih-lebih lagi mengenai hal anak tunggalnya.

“Sensitif isu ini… Kenapa ayah (Hafiz) itu minta kekasih dia ke depan? Saya rasa awak tak perlu masuk campur urusan nafkah anak. Tak perlu cakap nak suruh Hafiz ambil Haura pada hujung minggu. Itu memang tanggungjawab dia! Saya block awak sebab awak tak ikhlas.

“Sebab mula-mula mesej awak cakap nak tolong nasihatkan Hafiz. Kemudian kedua awak cakap itu bukan tanggungjawab awak untuk nasihat Hafiz. Jadi pada awalnya, kenapa awak mesej saya panjang seperti 360 muka surat. Kemudian, awak ada cakap nak chip in.

“Saya tak perlu duit awak sayang, hanya perlu tanggungjawab dan kasih sayang daripada teman lelaki awak.  Bukan nak berlagak tapi saya yang minta cerai. Kesabaran saya sudah tipis,” katanya.

Lufya dan Hafiz berkahwin pada 26 November 2016 namun berpisah pada 17 Jun 2020. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata Laana Haura kini berusia lima tahun.

Sumber: rotikaya

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*