Cantik Luar Biasa, Peminat Puji Amelia Henderson Manusia Paling Sempurna

Baru-baru ini, perkongsian pelakon Amelia Henderson menjadi perhatian ramai yang memuat naik video di aplikasi TikTok merakam rutin hariannya.

Menerusi video itu, menunjukkan transisi wajah Amelia sebelum mengenakan mekap dan selepas.

https://twitter.com/Superkiram1/status/1593244086269796354?s=20&t=599fbPFS80nPWtd1z22dxA

Perkongsian Amelia itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji pelakon itu yang tetap cantik meskipun tiada solekan di wajahnya.

Malah, ada yang memuji kulit wajah Amelia yang bersih tanpa cela diwajahnya. Tidak kurang juga ada yang menganggap Amelia merupakan manusia paling sempurna yang pernah mereka lihat.

Terdahulu, ramai yang memuji ketiaknya yang cerah. Amelia menjelaskan dia tidak pernah mengambil sebarang ubat-ubatan untuk memutihkan atau mencerahkan ketiaknya.

Biodata Dan Latar Belakang Pelakon Amelia Henderson

1. Nama lengkapnya, Amelia Thripura Henderson. Popular menerusi nama Amelia Thripura Henderson.

2. Lahir pada 20 Oktober 1995 di Ampang, Selangor, Malaysia. Kini berusia 24 tahun (2019).

3. Merupakan pelakon, hos televisyen dan model.

4. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2006.

5. Berdarah kacukan India dan Scotland.

6. Anak kepada pasangan Jaya Rudralingam (ibu) dan Graham L. Henderson (bapa). Ibunya yang berketurunan India dan Sri Lanka merupakan seorang doktor gigi, manakala bapanya yang daripada keturunan Scotland bekerja sebagai arkitek.

7. Anak sulung daripada dua beradik. Adiknya bernama Alexander Rudrakeith Henderson.

8. Amelia kini sudahpun memeluk Islam menggunakan nama Datin Putri Noor Amelia Thripura Henderson binti Abdullah.

9. Pada 14 Ogos 2015, beliau mendirikan rumah tangga dengan Tunku Dato’ Harrunnarrassheed Putra yang juga merupakan anak kepada Tunku Bendahara Kedah Almarhum Tunku Tan Sri Annuar Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Haji Sir Badlishah dan Toh Puan Noor Suzanna. Perkongsian hidup itu bagaimanapun tidak bertahan lama apabila mereka akhirnya memilih untuk berpisah pada 2018.

10. Pembabitannya dalam dunia seni bermula ketika berumur setahun apabila terpilih menjadi model iklan Mothercare.

11. Sukakan tarian balet di mana beliau menjuarai Kategori 3 program Cecchetti International Summer School yang berlangsung di Melbourne, Australia.

12. Amelia yang fasih berbahasa Inggeris dengan slanga British dan Amerika di zaman kanak-kanaknya telah berjaya menempatkan diri di dunia perfileman Amerika Syarikat apabila terpilih menjadi pelakon suara untuk filem animasi terkenal, Barbie In A Christmas Carol.

13. Selain itu, beliau turut membintangi filem tempatan seperti Talentime, Barbie and the Three Musketeers, Sing Along With Barbie, Pisau Cukur, Seefood, War of the Worlds: Goliath dan Ribbit (alih suara).

Sumber: rotikaya, iluminasi

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *