Nyanyi 20 Lagu Satu Malam Aina Abdul Hanya Dibayar RM50

Penyanyi, Aina Abdul mendedahkan beliau pernah menerima bayaran hanya RM50 selepas menyanyikan 20 buah lagu untuk persembahan satu malam.

Katanya, meskipun jumlah yang diterima itu sedikit dan terpaksa berkongsi dengan lima ahli band lain, beliau akur dan terpaksa mengharungi jalan sukar itu sebelum menikmati populariti masa kini.

Ujar Aina lagi, beliau pernah mengadakan persembahan selama tiga malam berturut-turut tanpa ada penonton dihadapan. Malah, ada ketika beliau mengadakan persembahan hanya di hadapan dua atau tiga penonton sahaja.

“Ada masa dapat RM50 sahaja. Kadang-kadang, bayaran pun tak ada. Kena bahagi lagi dengan ahli band. Itu memang pengorbanan dan pengalaman yang saya tidak akan lupa.

“Tetapi, saya pegang satu prinsip dari zaman menyanyi di kelab. Walaupun tidak ada orang, bayaran tidak untung, saya kena teruskan juga,” ujarnya.

Tambahnya lagi, meskipun sering menerima kecaman dan kritikan daripada segelintir warganet, itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus berkarya dan mencipta imej sebaik mungkin.

“Ramai tidak tahu saya pernah menyanyikan lagu tema filem Tombiruo: Penunggu Rimba. Ketika itu, saya tidak begitu dikenali. Jadi, apabila Sumpah berjaya menembusi carta radio dan diterima ramai, saya tidak boleh berundur.

“Saya kena all out. Saya bermula pada usia 28 tahun dan orang anggap lambat. Bila dapat peluang, saya tidak akan sia-siakan.

“Disebabkan itu, saya tidak kisah orang kata fesyen pelik atau dikritik melampau, semuanya saya telan sahaja. Itu bayaran untuk mimpi saya,” katanya.

Biodata Dan Latar Belakang Penyanyi Aina Abdul

1. Nama sebenarnya, Nurul Aina binti Abdul Ghani. Dikenali dengan nama pentasnya, Aina Abdul.

2. Berusia 26 tahun (2019).

3. Berasal dari Negeri Sembilan.

4. Bekas penuntut Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri, sebelum melanjutkan pengajian di Universiti UCSI di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

5. Bakatnya dikesan menerusi pertandingan realiti nyanyian, Mentor Legend 2014 yang mengangkatnya sebagai naib juara di bawah bimbingan mentor, Ella.

6. Memulakan langkah dalam bidang seni suara menerusi single sulung berjudul Ini Yang Kau Mahu yang diterbitkan pada September 2015. Lain-lain single dipopularkannya seperti Sumpah, Ghost, Reminiscing, Ribut Hati dan Shadow.

7. Selain bergelar penyanyi yang memperjuangkan genre muzik pop, beliau juga bergiat aktif sebagai pelakon, komposer dan penulis lirik.

8. Pernah membintangi drama rantaian Seindah Takdir Cinta yang bersiaran di slot Akasia TV3 pada 2016.

9. Merangkul kemenangan di World Championships of Performing Arts (WCOPA) 2014 di Los Angeles menerusi kategori Vocalist of The World.

10. Lain-lain pencapaian beliau termasuk pernah menjuarai Golden Voice Of MBPJ 2012, tempat kedua Bintang Idola Berita Harian 2011, bergelar finalis Irama 1 Malaysia RTM 2010, Metro Idol 2010 dan Bintang Remaja RTM.

Fakta Menarik

  • Bekas pelajar jurusan muzik daripada sebuah kolej swasta.
  • Namanya antara yang berjaya membolosi Top 5 kategori Artis Baharu Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ke-32 (2019) meskipun tidak membawa pulang trofi kemenangan.
  • Sumpah, single nyanyian dan ciptaannya yang mengangkat isu tekanan dan kemurungan, merupakan antara lagu yang melayakkan diri ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34) yang dijadualkan berlangsung pada Februari depan.
  • Sehingga kini beliau mempunyai lebih 50 buah lagu dalam simpanan dan bersedia untuk berkongsi dengan mana-mana penyanyi yang berminat mendapatkan khidmatnya sebagai komposer.
  • Kariernya mendapat sokongan penuh daripada kelab peminat yang dinamakan sebagai ‘Aination’
  • Laman Instagramnya, @ainaabdul diikuti lebih 112,000 peminat.

Sumber: Utusan Malaysia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*