“Reen Rahim Akui Sakit” – Hampir Pengsan Dicekik Pelakon Senior

“Reen Rahim Akui Sakit!” – Hampir Pengsan Dicekik Pelakon Senior

Baru-baru ini, pelakon wanita bernama Reen Rahim dikatakan ‘mengamuk’ di set penggambaran selepas didakwa telah dicekik secara real oleh pelakon senior semasa melakonkan babak dalam filem bergenre seram.

Menurut Reen, selama 11 tahun berada dalam industri, ini merupakan kali pertama dirinya berhadapan dengan insiden sedemikian dan tidak pernah diselumbungi dengan isu-isu ‘panas’ melainkan ada individu yang bermulut ringan bercerita.

Bagi memperjelaskan perkara yang berlaku, pelakon tersebut berkata babak itu tidak sepatutnya dilakonkan betul-betul hingga membuatkan dia ‘hilang’ sekejap.

Nampak je saya ni happy go lucky, tapi kalau anda dah nak meninggal di situ takkan tak mengamuk.

Dalam pada itu, Reen bertegas bukannya dia tidak pernah melakukan babak-babak berat atau ganas, tetapi ketika itu memang dirinya terseksa kerana dicekik tanpa mempunyai skill yang betul.

Kebanyakkan netizen beranggapan kejadian cekik itu barangkali pelakon senior berkenaan mahu menjiwai watak, tetapi pelakon wanita berharap agar tidak melakukan betul-betul kerana sakit.

Sebelum ini, pelakon Fezrul Khan ada membuat satu kenyataan bahawa dia tidak akan berlakon dengan Reen lagi kerana baginya berlakon seharusnya jujur dan bukannya sekadar mengejar populariti.

“Berlakon Jujur Bukan Kejar Glamor” – Nafi Cekik Reen Rahim Di Set, Fezrul Khan Dah Serik Berlakon Sama.

Baru-baru ini, pelakon Reen Rahim ada meluahkan rasa kesal kerana telah dicekik oleh seorang pelakon senior ketika menjalani penggambaran sebuah filem bergenre seram.

Kata Reen yang ditemui program hiburan Melodi, dia sudah terlibat dalam bidang lakonan selama 11 tahun dan ini merupakan kali pertama dia mengalami insiden seperti itu.

Jelasnya, pelakon senior yang tidak disebut namanya itu telah bertindak mencekiknya sehingga menyebabkan dia berasa seperti hendak pengsan ketika di set.

Sebenarnya babak itu tidak sepatutnya di lakonkan betul-betul sehinggakan saya ‘hilang’ sekejap. Babak apa semua tu saya tak nak cakap, nanti anda boleh cari sendiri, tak nak panjang-panjang cerita.

Engkau bukan pelakon baru pun mestilah tahu skill. Berlakon je lah tak payah buat betul-betul. Sebab saya dah nak pengsan dah masa tu. Dekat situ yang saya nampak, dia tak rasa benda tu real.

Berikutan itu, pelakon Fezrul Khan berasa terpanggil untuk menjawab dakwaan itu dan turut memuat naik babak yang dikatakan ‘mencekik’ Reen di TikTok miliknya.

Anda boleh tengok dan nilai kan. Kalau belajar Jujitsu pun, anda tak boleh cekik dengan hanya menggunakan sebelah tangan saja. Tanyalah teman lelaki awak yang stuntman tu.

Bila director cut, awak boleh jerit dekat saya? Saya dah berlakon lebih 20 tahun tau.

Dia dalam pada itu menegaskan untuk tidak akan berlakon lagi dengan Reen Rahim kerana merasakan aktres itu perlu berlakon dengan jujur bukan semata-mata mahu mengejar glamor.

Video,

Sumber BN .

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *