Sedih Tengok Anak-Anak Bergaduh, Ibu Sajat Pula Bersuara…Smp Jadi Sesuatu Kepada Bapa Sajat

1337036

KEMELUT membabitkan usahawan sensasi Nur Sajat dan adiknya iaitu Nur Mustika terus menjadi sebutan netizen di media sosial.

Mengulas mengenai isu ini, ibunya iaitu Maimon Omar, 66, berkata walau apa berlaku, dia tetap menyayangi kedua-dua anaknya itu dan berharap mereka kembali berbaik semula.

“Tak kiralah anak itu jahat macam mana sekalipun saya tetap sayang dia.

“Sebab tiada mak di dunia ini yang tak sayang anak.

“Jadi saya tak nak mereka bergaduh sampai mahu berputus saudara… itu tak baik dan tidak dialu-alukan dalam Islam,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Maimon sempat meninggalkan pesanan buat anak lelakinya itu.

“Nak pesan pada Sajat… tak suka diam!

“Sebab bila dia buat macam ini bukan sahaja satu Malaysia tapi satu dunia tahu masalah keluarga,” ujarnya.

Video,

“Jangan play victim” – Mustika cuba bersemuka di TikTok live, Sajat ‘reject’ pula

ADIK kepada Nur Sajat iaitu Mustika mendedahkan cubaan bersemuka menerusi siaran langsung di TikTok abangnya itu tidak berjaya apabila usahawan sensasi itu menolak berbuat demikian.

Mustika berkata, dia sedia berdepan dengan Sajat kerana masih ada rasa kasih terhadap abangnya itu dan mahu kontroversi di antara mereka terlerai.

“Ada netizen beritahu Sajat minta pengikutnya invite saya dalam video siaran langsungnya sebab dia tidak tahu caranya tapi bila saya yang invite, dia reject pula.

“Jujurnya saya memang koyak bila dia reject invite berkenaan, saya memang cepat koyak mungkin sebab saya sayangkan dia.

1337036

Sajat membuat dikatakan tidak mahu ada kaitan apa-apa lagi dengan adiknya Mustika

“Saya mahu bersemuka dan selesaikan semua masalah di antara kami,” katanya kepada mStar.

Terdahulu, Mustika menerusi Instagram mendakwa Sajat seorang kaki kelentong sehingga sanggup menganiaya orang lagi demi menampung kehidupan mewahnya.

Malah katanya, Sajat sanggup menggunakan nama adik bongsu mereka bagi membuat pinjaman bank sehingga namanya kini disenarai hitamkan pihak bank.

Tidak hanya itu, Mustika turut mempersoalkan pekerjaan dilakukan abangnya itu sejak menjadi pelarian di Australia.

Mustika memaklumkan kali terakhir dia berhubung dengan Sajat sekitar dua tahun lalu dan sejak itu mereka tidak pernah berkomunikasi ekoran timbul pelbagai salah faham di antara mereka.

Malah Mustika turut meminta Sajat agar berhenti berlagak play victim dan mengeluarkan sebarang kenyataan berbaur fitnah terhadap dirinya dan keluarga.

Saya sendiri tak pernah berhubung dengannya, tapi jangan play victim.

“Tiada siapa pun menggangu kehidupannya di Australia, rasanya dia tengah bahagia di sana malah disayangi peminat sejak mengakui dirinya lelaki.

“Saya sendiri tak pernah berhubung dengannya, tapi jangan play victim,” katanya.

Menjawab pertikaian dia menyusahkan ibu bapanya sehingga berpindah masuk ke rumah mereka, Mustika menyangkal perkara tersebut.

Sebaliknya kata Mustika, dia tinggal bersama mereka bagi menjaga bapanya yang sedang sakit selain menemani ibunya memandangkan adik-beradik yang lain sibuk dengan urusan masing-masing.

“Sejak ayah sakit, saya tinggal dengan mak. Saya buat keputusan itu supaya dapat tolong mak dan teman dia di rumah.

_121558423_nur

Sajat kini menetap di Australia.

“Bukan nak menyusahkan mak sebab dulu saya memang tinggal sendiri tapi bila ayah sakit saya ambil keputusan tinggal dengan mereka memandangkan saya kini seorang ibu tunggal. Sekurang-kurangnya kami boleh jaga sesama sendiri,” jelasnya.

Sementara itu, Mustika menyangkal dia cuba menumpang populariti Sajat memandangkan sejak usahawan itu mengaku dirinya seorang lelaki dia disayangi peminat.

Sebaliknya katanya, dia lebih suka hidup secara sederhana tanpa sebarang tumpuan memandangkan dia sendiri mempunyai pelbagai perkara yang memerlukan perhatiannya.

“Muka saya sama dengan Sajat, itu perkara yang tidak boleh dielakkan kerana kami adik-beradik. Tapi apabila orang kata saya tumpang populariti dia, memang pedih.

“Saya tak mahu populariti, saya ada hidup saya sendiri,” ujarnya.

Sumber Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*