“Tegur Tak Boleh” – Gara-Gara Lantang ‘Back Up’ Anak Sendiri, Ini Yang Jadi Dengan Ibu Ismail Izzani

Sebelum ini, kecoh tentang penyanyi Ismail Izzani, apabila tular satu video menyaksikan dia berpelukan dan mencium seorang wanita di kelab malam.

Susulan penularan video tersebut, pelantun lagu Luar Biasa itu menerima kecaman hebat oleh pengikut serta peminatnya.

Dalam pada itu, ibu kepada Ismail, Datin Suliza Salam turut terkena tempias dan menjadi bahan sindiran warganet.

Walau bagaimanapun, ibu kepada penyanyi muda itu tidak berdiam diri dan sempat ‘membahasakan’ seorang netizen di ruangan komen Instagram berkaitan isu tersebut.

Akan tetapi, menerusi komen Facebook sebuah portal hiburan, rata-rata warganet masih menyindir dan menyalahkan Suliza yang dianggap terlalu mempertahankan anaknya sehingga tidak boleh ditegur.

Tidak hanya berdiam diri, Suliza turut membalas komen tersebut secara sinis dengan meluahkan rasa syukur dan berdoakan individu itu dijauhkan dari segala musibah.

“Syukur Alhamdulillah, terima kasih atas tunjuk ajar dan teguran. Semoga Allah melindungi dan merahmati kamu sekarang, dijauhkan dari segala aib dan musibah. Amin,” balas Suliza.

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang menganggap Suliza sangat beruntung mempunyai seorang anak yang gemar ke pusat hiburan seperti kelab malam.

“Untung la maknya ada anak kaki club,” kata netizen.

Membalas komen tersebut, Suliza memberi pesanan kepada individu tersebut dengan mengatakan hanya Allah akan mengubah seseorang itu bukannya manusia.

“Anak kamu nanti belum tahu juga lagi kan… mengata anak orang memang seronok kan. Akhiran hidup sesiapa belum tentu… Allah yang Maha pengampun.

“Bukan kata-kata orang yang akan ubah dia… atau sesiapa juga. Tapi Allah… faham tu ya,” tulisnya.

Sekadar info, Ismail Izzani sebelum ini pernah dituduh suka melakukan se…ks rambang namun khabar angin itu dinafikan sekeras-kerasnya oleh ibu penyanyi berkenaan.

Sumber Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*