Gadis Minta Carikan Jodoh Segera Selepas Bernazar Kahwin Tahun Ini Jika Anwar Jadi PM

Pelbagai kerenah penyokong politik dapat dilihat sejak bermulanya kempen untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) baru-baru ini.

Pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 telah disambut dengan begitu gembira oleh para penyokong Pakatan Harapan (PH) selepas 5 hari siapakah perdana menteri negara menjadi tanda tanya ekoran tiada pihak yang memiliki kerusi parlimen majoriti.

Nazar kahwin tahun ini juga

Disebabkan itu, warganet yang pernah berniat dan benazar jika Anwar diangkat menjadi PM telah memulakan langkah mereka untuk menunaikan semua perkara yang telah mereka ucapkan.

Antaranya adalah nazar seorang gadis dimana dia memaklumkan akan berkahwin pada tahun ini andai Anwar menjadi perdana menteri Malaysia.

Minta tolong carikan jodoh

Menerusi perkongsian tersebut, wanita yang berusia 25 tahun itu mengakui begitu gembira dengan pelantikan Anwar dan akan segera menunaikan nazarnya.

Dia telah memuat naik satu ciapan meminta bantuan orang ramai untuk mencarikan jodoh untuknya memandangkan pernah berjanji ingin berkahwin pada tahun ini juga.

“…tolong i ada buat NAZAR kalau DSAI jd PM10 i nak kawen tahun ni juga. Jadi tolong retweet posting i. I cari calon suami yang soft spoken. Tak perlu terlalu islamik ckup paham agama.
Selebihnya kita boleh blaja sama2.I ada degree SYARIAH UKM. Bakal smbung master.” tulisnya.

Tinggal sebulan lagi, sempat ke?

Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai respon daripada warganet. Ada di antara mereka menasihati supaya gadis tersebut berfikir terlebih dahulu ketika membuat keputusan kerana tahun ini hanya tinggal sebulan sahaja.

Ada juga yang menyelar tindakannya membuat nazar sehingga boleh menjerat diri kerana ia melibatkan percaturan dalam kehidupan.

Jangan terburu-buru menikah dik

Jangan berjanji ketika gembira

Belajar syariah tak belajar pasal nazar ke?

Ikut tahun hijrah katanya

Banyak lagi nazar lain

Apa-apa pun kita doakan supaya gadis tersebut segera memperoleh jodoh yang terbaik memandangkan dia memang begitu nekad untuk berkahwin juga pada tahun ini.

Semoga urusan dipermudah.

Sumber: Twitter

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*