‘Dah Sebulan Saya Tak Berniaga Sbb Sakit’ – Pernah Popular, Keadaan Shahriza Mahmud Buat Ramai Sebak

Suatu ketika, pelakon Shahriza Mahmud, 56, pernah popular dah dikenali ramai menerusi beberapa drama tempatan termasuk drama Pendekar pada 1994.

Namun siapa sangka, Shahriza memaklumkan kehidupannya semakin sukar sejak dijangk1ti kenc1ng tikus pada 1 Januari tahun lalu sehingga menyebabkan dia tidak berupaya untuk berjalan seperti dulu.

Menurut Shahriza, dia dan suami, Saddiq Raffali, 41, berdepan ujian untuk mencari rezeki bagi menyara kehidupan serta membiayai kos rawatan penyak1tnya.

” Memang orang kata bila dah sedar, dah keluar dari ICU (Unit Rawatan Rapi) orang ingat saya dah sembuh. Hakikatnya kedua-dua belah kaki saya sekarang seperti orang lumpuh.

” Mulanya saya terfikir ia baru lagi dan nanti kaki akan kuat semula, tapi nampaknya kaki memang lembik dan tak boleh nak pijak langsung.

” Saya disahkan mengalami sak1t saraf dan sak1tnya tak mampu digambarkan. Ambil pil penahan sak1t pun tak boleh hilang,” katanya kepada HarianMetr0.

Cuba buat macam-macam kerja

Shahriza berkata, dia cuba bersikap positif meletakkan harapan untuk kembali berjalan pada Mei lalu, namun tetap gagal.

” Macam-macam perancangan termasuk menjalani fisioterapi, tapi sebab lama sangat duduk atas katil sekitar sembilan hingga 10 bulan, saya semakin tak berdaya.

” Walaupun duduk atas katil saya tetap buat macam-macam juga seperti berniaga dalam talian. Kerja saya selama 24 jam mengadap telefon.

” Saya cuba nak usaha kerja atas komisyen. Buat jualan beribu-ribu tapi yang untungnya orang lain. Kesudahannya memang tak cukup,” katanya.

Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Shahriza terpaksa menutup kafe yang diusahakan bersama suami.

” Selepas itu kami buat persediaan tempah ‘food trailer’ kerana fikir masa PKP kedua boleh usaha berniaga cara itu. Ketika itu saya masih sihat.

” Bila masuk ICU baru ‘food trailer’ sampai. Jadi saya dah terikat dengan hutang sebanyak RM880 sebulan. Masa itu saya fikir saya akan kuat semula bulan berikutnya.

” Saya tak sabar nak berniaga tapi penyak1t saya tetap tak sembuh sedangkan ‘food trailer’, rumah, kereta dan pelbagai lagi kena bayar.

” Masa PKP pertama dapat moratorium kereta. Tapi lepas keluar wad bank telefon katanya kereta dah empat bulan tak bayar,” katanya yang semakin tertekan dengan situasi itu.

Bekalan elektrik pernah dipotong

Bantuan dan sumbangan dari persatuan artis hanya bersifat sementara dan mereka kini terpaksa berusaha mencari pendapatan dengan apa cara sekalipun.

” Saya sak1t agak lama. Memang perlukan wang untuk beli lampin pakai buang, susu untuk kuatkan kaki, ubat, fisioterapi dan banyak lagi. Mungkin orang tak nampak itu semua.

” Bekalan elektrik di rumah kami pernah dipotong. Kami kemudian berniaga di sebuah lokasi selepas Aidilfitri berdekatan rumah dengan kadar sewa RM500 menggunakan ‘food trailer’.

” Bolehlah hasil tapi sekadar lepas untuk bayar hutang yang ada. Kami tidur dalam kereta lepas berniaga selama sebulan.

” Sekarang lebih sebulan saya tak berniaga sebab sak1t,” katanya.

Untuk info, Shahriza lahir pada 30 Jun 1965 adalah pelakon, pengarah, penulis skrip dan pensyarah wanita Malaysia yang berasal daripada Alor Setar, Kedah.

Shahriza pernah berkahwin pada tahun 1996 sebelum bercer4i empat tahun kemudian.

Pada tahun 2011, Shahriza berkahwin dengan abang kepada penyanyi Ana Raffali, Khalif Saddiq.

Antara drama pernah dibintanginya adalah Pendekar (1994), Memori Berarak Jingga, Dejavu di Kinabalu (2012), Stella (2015), Hip Stanza Fitri (2015), As-Solihin (2015), Pengantin 100 Hari (2018), Monalisa (2018), Sesegar Nailofar (2018) dan Leftenan Zana (2019).

Sumber:hmetr0 dan wikipedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *