PETALING JAYA: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Seri Fadillah Yusof masing-masing dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri di bawah kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pelantikan Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk manakala Fadilah merupakan Ahli Parlimen Petra Jaya diumumkan oleh Anwar dalam sidang media di Putrajaya hari ini.
Dua jawatan Timbalan Perdana Menteri adalah julung kali diadakan setelah mengambil kira penyertaan Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam kerajaan perpaduan.
Anwar juga memaklumkan Ahmad Zahid dilantik sebagai Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah manakala Fadilah pula sebagai Menteri Komoditi.
Sebelum ini, sewaktu sidang media pertama sebagai Perdana Menteri, Anwar memaklumkan dua jawatan Timbalan Perdana Menteri kerajaan perpaduan masing-masing akan diisi wakil BN dan GPS selaku parti terbesar selepas PH.
Setakat ini, kerajaan perpaduan disertai PH yang mempunyai 82 kerusi dan diikuti BN (30), GPS (23), dan Gabungan Rakyat Sabah (enam) serta disokongan parti-parti lain sekali gus kekuatan kini hampir mencecah dua pertiga ahli Parlimen.
Komen komen netizen,
Inilah kabinet paling seimbang.Terserlah kredibiliti & integriti PM lantik barisan kabinet yg bersih,cekap,amanah.Satu dunia salute negara kita.
Kes byk pun mcm normal. Kalo yg ada rekod jnyah susah nak dpt kerja kenapa spesis mcm dia ne boleh jadi tpm. Aduh jem kejap. Sabar sat. Esok confirm smua kes tidak ada bukti yg cukup.
TAK KESAH LAH SAPE2 PUN TPM MALAYSIA. YG PENTING IKUT PERATURAN DAN TUANKU AGONG SETUJU. YAB PM MALAYSIA SETUJU. YG LAIN TAK PERLU BISING2.
Bakal bebas dan di lepaskan dr 47 kes makamah,lingkop malaysia..dah tak dak org lain yg lebeh layak ka.. undi PH dpt BN,hoi hoi hoi ya hoi.
Kebanyakan rakyat mau dia disingkirkan tapi dpt juga jawatan TPM, antara jawatan yg terpenting dlm kabinet. Hawau la Malaysia punya politik.. baru ja rasa aura membara dgn PM baru, malam ni dpt berita membawa kedukaan.
Tahniah dato seri.. semoga dato seri memikul tanggungjawab dgn berkesan.. peduli apa org nak cakap.. janji dato seri buat kemajuan pasa negara.. hidup dato seri.. #zahidfornextpm.
Sumber Utusan/Fb.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih