
Allahuakbar, sedihnya tengok “Seluruh badan rasa macam ni..” Dato Nash Lefthanded mohon doa orang ramai. Rupanya ini yg berlaku.
Bekas vokalis Lefthanded, Datuk Nashrudin Elias atau lebih dikenali sebagai Nash, 63, memohon doa dari orang ramai selepas mengalami kekejangan dan tidak boleh bergerak.
RAKAMAN PENUH ADA DI BAWAH SEKALI
Menerusi perkongsiannya di Facebook hari ini, dia tiba-tiba mengalami keadaan tersebut ketika ingin berwuduk.
Menurut penyanyi tersebut, dia sebelum itu telah menghadiri sebuah majlis perkahwinan sejurus selepas pulang dari Sarawak.
“Assalamualaikum, saja je nak kongsikan supaya sahabatku sekalian doakan supaya saya cepat sembuh. Semalam saya balik dari Sarawak terus pergi jemputan perkahwinan anak kawan saya di Mindef KL,” katanya.
Kemudian, beliau terpaksa bergegas pula ke satu lagi majlis perkahwinan lain di Sg. Long Kajang yang diadakan pada sebelah malam.
“Tu yang macam nak cepat-cepat siap. Tiba kat rumah dah nak masuk waktu maghrib, saya pun ambik wuduk sambil berdiri dan bila membongkok nak basuh lengan tangan, pinggang saya terus tersentap dan terus tak boleh berdiri tegak. Sakitnya Allah sahaja yang tahu.
“Seluruh badan saya cramp, kaki tak boleh gerak. Panggil anak saya untuk bantu saya berjalan. Solat maghrib terpaksa pakai kerusi,” jelasnya di halaman Facebook.
Ekoran kejadian tersebut, Dato Nash telah dihantar ke Hospital Avisena di Shah Alam dan telah mendapatkan rawatan dan suntikan daripada doktor yang bertugas.
“Sekarang ini masih sakit, jalan macam orang umur 90 tahun. Allahuakbar,” katanya lagi.
Sehubungan itu, beliau memohon supaya orang ramai mendoakan kesihatannya supaya kembali pulih seperti sediakala.
Sumber: Facebook Dato Nashrudin Elias
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Be the first to comment