Mak Ayah pilih kasih. Aku 2 beradik je, abang dan aku. Beza umur cuma 2 tahun sahaja

Aku tak tahu lah apa kena mak dengan ayah aku ni. Nampak sangaat

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Aku Mirul (bukan nama sebenar) berumur 31 tahun.

Aku tahu ramai di antara kita yang mak/ayah agak “pilih kasih” of course pada mereka benda tu tak ada masalah.

Tapi kita sebagai anak ni boleh rasa benda tu.

Aku cuma dua beradik, abang dan aku. Beza umur kami 2 tahun. Dari kecil lagi aku memang dah rasa dan tahu yang mak dan ayah aku ni agak “sayang” abang aku berbanding dengan aku.

Contoh paling dekat bila result peperiksaan keluar. Kalau giliran aku cuma pandang sebelah mata. Tapi bila abang aku, reaksi mereka lain siap puji.

Kalau giliran aku “kenapa tak semua A”. Padahal bila di banding result aku dari sekolah rendah membawa ke sekolah menengah dan juga universiti lebih bagus dari abang aku.

Aku ingat lagi, SPM aku 6A. Abang aku pula cuma 1A dan ada 1 gagal. Manakala aku 6A dan 3B. Reaksi mak ayah aku? “Kan bagus kalau semua A”

Bila abang aku “subjek ni memang susah dan ramai yang gagal” padahal kami berdua ambil bilangan dan jenis subjek yang sama.

Tapi aku tahan, telan dan pendam. Pada aku “takpelah lepasni aku usaha lagi”

Abang aku sambung belajar, aku pun sambung belajar di negeri yang berbeza. Waktu ni aku hujung minggu kerja part time untuk duit lebih.

Alhamdulilah aku graduate dengan keputusan yang cemerlang.

Waktu ni, aku memang terkilan teruk. Sangat terkilan. Mak dengan ayah aku tak dapat hadir majlis konvo aku, sebab mereka ada majlis kenduri kahwin saudara aku.

Aku cakap habis majlis kita terus balik hal kenduri kendara tu keluarga diorang boleh uruskan. Tapi mak ayah aku berdegil juga. Aku datang konvo drive seorang diri.

Kau bayangkan waktu abang aku konvo, ayah aku yang baru 2 minggu patah kaki bersemangat nak pergi tapi bila aku, dia cakap “boleh pergi seorang” bergambar seorang.

Mujurlah waktu tu ada kekasih yang akhirnya jadi isteri aku dan mak ayah dia.

Gambar konvo tak ada gambar mak ayah dan abang aku. Cuma aku, isteri dan mak ayah ipar aku.

Habis konvo aku tak balik terus. Kenduri kahwin sedara aku pun aku biarkan tak datang, sebab dalam hati aku terlampau geram dan marah sangat.

Aku ingat lagi berhenti dekat Bangi makan sambil menangis sebab pergi konvo seorang diri.

Mungkin ada yang cakap, “kau lelaki nak nangis apa. Pergi je sorang. Aku lagi suka pergi sorang”.

Hal konvo ni sekali seumur hidup. Bila abang aku konvo mak dan ayah aku sendiri yang cakap, “kena pergi ni sekali seumur hidup” tapi bila giliran aku ceritanya lain.

Bila masuk alam kerja, aku kerja tahun pertama dekat office 9-5. Lepas setahun, aku kerja dekat foreign company yang 2 hari datang office dan 3 hari wfh.

Setiap sebulan sekali aku akan part time jadi tourist guide melawat negara macam jepun/korea dan China.

Abang aku pula kerja kerajaan, waktu ni mak aku memang bangga dia lain macam.

Aku waktu ni tak ada rasa apa sangat sebab hal gaji aku dah selesa. Dua bulan gaji boleh cecah 5 digit.

Sampai lah abang aku nak kahwin dan iyalah perlu duit apa semua. Jadi aku pun okay kasi lah juga dalam 1500.

Aku cakap dengan mak ayah dan abang aku ini 1500 aku bagi untuk bahagian makanan tetamu. Hal lain biar lah guna duit dia sendiri dah majlis dia.

Tapi keluarga aku ni masih berkeras cakap kasi lah lagi sikit. Aku pun dah explain yang aku tengah simpan duit untuk rumah dan dah rancang nak kahwin juga dalam masa 1-2 tahun.

Akhirnya aku pun topup lagi 500 kasi cukup 2 ribu.

Lepastu kau tahu dah siap majlis apa semua aku baru tahu yang abang aku keluar modal setakat 500 ringgit. 500 ringgit!.

Yang lain tu? Mak aku gadai rantai dengan gelang, 2 rantai 2 gelang. Lebih kurang 7 ribu.

Aku bila dapat tahu memang marah. Sebelum ni mak aku gadai rantai dan gelang tu sebab nak belikan abang aku kereta.

Lepastu aku yang tebuskan semua sekali 8ribu lebih. Bukan sikit sebab mak aku merayu sayang sebab harta waktu dia muda.

Aku pun sebab mak dah menangis aku pun pergi tebus. Aku mula mula dah suruh dia minta abang dalam 4 ribu kita split 50/50 tapi alasan tak ada duit nak kahwin. Sekali mak aku pergi gadai balik.

Dari barang kemas apa semua itu duit mak aku gadai + 2 ribu aku + dalam 2 ribu duit ayah aku. Abang aku? 500 sahaja itu untuk makeup dan baju kahwin. Aku bila dapat tahu drah memang meluap luap.

Fast forward setahun kemudian, walaupun aku rasa marah dan kesal dengan keluarga aku. Tapi nak taknak mak ayah aku juga.

Aku beli rumah memang agak besar ada 5 bilik. Tapi aku dah ada plan nak buat apa dengan bilik tu. Lagipun tahun depan aku dah nak berkahwin.

Bawa mak ayah aku datang tengok rumah aku. Entah tak ada angin ribut tiba tiba mak ayah aku suruh aku bagi abang dengan akak ipar aku duduk situ sementara sebelum aku kahwin. Aku serta merta tolak, giila apa.

Waktu majlis kahwin aku jangan cakap, aku keluar modal 95% abang aku yang cakap nak ganti 2 ribu nanti waktu aku kahwin haram tak ada.

Dia kasi 300 ringgit dia cakap “angpau kahwin”. Mak dengan ayah aku? “Kau ada duit, kau pakai duit kau”.

Aku telan sahaja, bagi aku biar majlis ni selesai. Itupun isteri aku kasi dalam 5ribu dia cakap ringankan beban.

Lepas kahwin duduk sehari, aku dengan isteri terus pindah rumah. Bagi aku, aku rasa dah tawar hati sangat dengan keluarga aku.

Ada sekali aku sebenarnya nak lah hantar mak ayah aku ke umrah. Tapi ayah aku ni seboleh boleh suruh aku “sponsor” abang dengan akak ipar aku.

Dia cakap nak pergi sekali.

Dah lah waktu aku bagi tahu nak sponsor mak ayah aku ke umrah diorang tak tanya pun aku nak ikut ke tidak. Sekali di suruhnya sponsor abang dengan kak ipar aku.

Baru baru ni, setahun lepas. Aku dengan isteri aku dah rancang 2-3 tahun free tanpa ada anak. Dan tahun ke-4 baru kami bersedia ada anak.

Tapi mak aku pergi cana dalam family group wasap cakap isteri aku mandul. Aku padahal dah explain banyak kali dengan mak aku. Kami berdua subur tak ada masalah.

Dah lah dalam group tu ada isteri aku, dia cuma hantar smiley face je dalam group.

Sejak haritu aku memang dah macam jarang komunikasi dengan mak ayah dan abang aku.

Kalau aku tulis balik kisah hidup aku dari kecik sampai sekarang “kosong” ayah atau mak aku puji dan atau jaga percakapan dengan aku.

Tak pernah ada benda baik aku dengar.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*