SUBANG: Pergolakan rumah tangga pasangan pelakon sensasi, Farid Kamil, 42, dan Diana Danielle, 32, berakhir dengan cerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, di sini, hari ini.
Lafaz cerai dilakukan Farid menerusi aplikasi Google Meet di hadapan Hakim Syarie, Shukran Yusof selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai difailkan Diana mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.
Ini kerana Farid atau nama sebenarnya, Farid Kamil Zahari selaku defendan dalam kes lafaz cerai tidak dapat hadir ke mahkamah kerana masih tidak sihat akibat pasca COVID-19.
Sebelum prosiding berlangsung, Hakim Syarie Shukran terlebih dahulu mohon kebenaran Diana untuk lafaz cerai dijalankan secara dalam talian seperti yang dimohon Farid menerusi peguamnya.
“Bahawa saya Farid Kamil Zahari menceraikan Diana Danielle Danny Beeson dengan talak satu,” kata Farid dalam nada tenang.
Hakim Syarie Syukran kemudian mensabitkan berlaku perceraian talak satu dan memerintahkan Diana menjalani tempoh edah selama tiga bulan dan mendaftarkan perceraian, selain sijil nikah dibatalkan.
Dalam prosiding hari ini, Farid diwakili peguam syarie, Fakhrul Azman Abu Hassan, manakala Diana diwakili peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader.
Kontroversi rumah tangga pasangan ini timbul selepas Diana memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 10 Mac lalu.
Menerusi laporan media, alasan Diana mahu bercerai disebabkan tiada persefahaman, berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri.
Bagaimanapun, Farid dilaporkan enggan melafazkan cerai terhadap isterinya.
Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan Farid dan Diana untuk menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP).
Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan melalui perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.
sumber : berita harian
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.