PN Kekal Teraju Kedah

Alor Setar: Perikatan Nasional (PN) menepati ramalan mengekalkan penguasaan di Kedah selepas memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri hari ini.

Berdasarkan kedudukan semasa sehingga jam 9.30 malam tadi, PN disahkan menang di 19 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di negeri ini.

Ia membabitkan DUN Ayer Hitam, Bukit Kayu Hitam, Jitra, Kuala Nerang, Pedu, Bukit Lada, Bukit Pinang, Alor Mengkudu, Pengkalan Kundor, Anak Bukit, Kubang Rotan, Tokai, Sungai Tiang, Sungai Limau, Guar Chempedak, Gurun, Belantek, Jeneri dan Tanjong Dawai.

Sebelum ini, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor, yakin PN akan memenangi 33 kerusi DUN dalam PRN kali ini.

 

PN mengekalkan penguasaan di Kedah selepas memperoleh majoriti mudah.

Beliau yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya Negeri (PRN) PN berkata, ramalan itu berdasarkan sokongan kuat kepada gabungan politik itu yang disertai PAS, BERSATU dan GERAKAN sepanjang tempoh 12 hari kempen.

Sebelum ini, PN menguasai 20 kerusi DUN iaitu 14 melalui PAS dan enam milik BERSATU. PH pula dengan 10 kerusi iaitu masing-masing empat milik PKR dan AMANAH selain dua DAP. UMNO dan PEJUANG pula menguasai masing-masing dua kerusi.

 

Baki dua lagi kerusi kosong apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gurun daripada PKR, Datuk Johari Abdul mengosongkan kerusinya pada 18 Disember tahun lalu selepas dilantik Yang Dipertua Dewan Rakyat, manakala ADUN Belantek daripada PAS, Datuk Mohd Isa Shafie meninggal dunia pada 14 Jun lalu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *