PETALING JAYA – “Kejadian berlaku begitu pantas, bunyi dentuman dua kali diikuti api yang sangat besar.” Itu suasana yang digambarkan pemilik rakaman kamera papan pemuka (dashcam) kenderaan yang melalui kawasan di mana sebuah pesawat ringan terhempas di Elmina semalam. Ahli perniagaan dikenali sebagai Chong, 56, berkata, ketika kejadian itu berlaku, dia sedang menuju ke satu lokasi untuk bertemu dengan pelanggannya. Bagaimanapun, dia telah mengikut lokasi yang salah menggunakan aplikasi ‘Maps’ menyebabkan dia dibawa menuju ke Elmina.
Terdahulu Kosmo! semalam melaporkan, seramai 10 mangsa maut dalam nahas kira-kira pukul 2.48 petang di Persiaran Elmina, Shah Alam.
Kesemua mangsa yang maut adalah dua juruterbang, Shahrul Kamal Roslan berusia 41 dan Heikal Aras Abdul Azim (45).
Enam penumpang terlibat ialah Datuk Seri Johari Harun (53), Kharil Azwan Jamaludin (43), Shaharul Amir Omar (49), Mohamad Naim Mohamed Muaidi (35) Muhammad Taufiq Mohd Zaki (37) dan Idris Abdol Talib @ Ramali (41).
Turut terkorban dalam nahas tersebut adalah penunggang motosikal, Muhammad Hafiz Muhammad Salleh (32) serta pemandu kereta, Sharipuddin.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
sumber : KOSMO! ONLINE